February 1, 2009

My 6th. Anniversary


















Hari ini 01/02/2009, genaplah 6 tahun usia perkahwinan aku dgn suamiku. Umpphhh terasa macam baru aje en. suami melafazkan akad nikah depan tok kadi hehehehe. Syukur sangat2 atas kurnianMU ya Allah. Ya allah, perkukuhkan lah masjid yang kami bina ini buat selama-lamanya, dengan ikatan kasih sayang dan kehadiran zuriat2 sebagai penyeri masjid kami ini ya allah.

Semalam gi celebrate kat Sg.Congkak Ulu Langat dengan officemate hubby. Bestnya!! Siap barbeque lagi..fuhhhh sejuknya air sungai..rasa begitu nyaman. Hilang segala penat yang melanda diri sejak seminggu ni.

Cantik sungguh keindahan kawasan Sg. Congkak tu, rasa begitu kerdilnya diri dikelilingi anugerah Ilahi. En. suami ku pun berendam bagai nak rak..begitu gembira dia. Semakin hari menginjak dewasa, semakin ramai yang datang bertamu..grrrrrrr aku dah tak tahan sejuk nii. Begitu damai menikmati makanan berselang seli dengan mandi manda...fuhhh tak ingat la tu karang perut buncit!!

Aduihhhhhhh penat giler bila sampai rumah. Letih sungguh tapi kami gembira. Alangkah bagusnya jika ada baby yang menemani, tapi insyallah pasti allah akan kurniakan jua pada kami peneman dan penyeri rumahtangga kami.

No comments:

Popular Posts