February 3, 2009

Dimana kan ku cari ganti

Start keje hari ni setelah cuti panjang dgn public holiday. Arggghhh cuaca kat luar pun mendung aje. Keje? macam biasa, selagi tak pencen, ada aje benda yang kena buat hahahah..tapi aku memang suka sangat dengan job aku ni, bermain dengan PC dan system.

Malam tadi, mr.hubby tengok tv kat ruang tamu, but aku memang tak secocok dengan citer yang dia tengok, aku hilangkan diri dalam bilik, tengok wayang dalam bilik tidur..lagi best.. citer IBU MERTUAKU..moga allah limpahkan rahmat dan kemuliaan kepada kedua dua ibu bapa mertua ku yang telah pergi meninggalkan mr.hubby sebagai anak yatim piatu.

Bila dengar p.ramlee menyanyi dengan mata yang buta, hati menjadi sebak, airmata bergenang tanpa disedari terus mengalir ke pipi. Nasib baik mr.hubby tak tahu, kalau tak mesti dia bising sebab aku nangis.

Dimana kan ku cari ganti
Serupa denganmu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah
Hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggal ku sendirian
Tiada berteman...
Iskkkk sedih betul lagu ni, teringat anakanda ku Mia.

Tadi sister aku hantar MMS gambar anak sedara aku yang baru 12 hari. Alhamdulillah terubat sikit rasa rindu dendam pada arwah. Hidung dan raut wajahnya serupa arwah Mia..macam kembar pula. Tak sabar rasanya nak balik kampung mengulit baby iman tu.

Kejap lagi nak pergi KL Sentral. Nak beli tiket teretapi..yahoooo akhirnya termakbul jugak hajat nak naik keretapi setelah sekian lama meninggalkan acara naik ketapi ni. Kali ni balik kampung naik keretapi dengan hubby, sure best punyer, adventure..keretapi malam tut tut tuttttttt..

No comments:

Popular Posts