February 5, 2009

Satu kerinduan

Semalam dan hari ini, hari yang berbeza..rabu dan khamis. Nampak gayanya memang tak dapat naik keretapi. Tiket untuk malam esok dah habis, lastly kena balik naik kereta hehehehe. Tak apa, esok mr.hubby kata nak bawak kereta tu pergi SPA untuk merehatkan anggota badan.

Dua hari ini juga, tetiba ingatan semakin kuat pada arwah Mia. Entah mengapa..hati aku menjadi rindu, terbayang-bayang raut wajah putih suci dia..argggg ingatan ini tak mungkin pernah padam. Tadi masa sujud solat, hati menjadi terlalu sebak. Bagaimana harus aku luahkan rasa hati ini.

Esok dah tentu aku pulang ke kampung untuk kenduri cukur cambul, akikah Iman Harith anak saudara ku..juga kenduri arwah Mia sekali. Tak sabar rasanya. Maybe bila tengok Iman Harith, rindu dendam pada arwah akan berkurangan..

Hati yang merindu adalah lilin, lilin yang menyinari kegelapan walaupun terbakar kepanasan.

No comments:

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...