February 16, 2009

About Last Week - 9th. Feb - 15th. Feb, 2009

Last week punyer citer..dah start kembali treatment aku. Hoping kali ini, allah permudahkan segalanya bagi aku. This Wednesday, ada appointment dengan doctor, so hoping ada perkembangan yang memberangsangkan untuk aku. Amin!!! Dah lama tak telan ubat disebabkan asyik ambil injection, tekak aku ni mula lah buat perangai..pahit giler ubat tu..tapi aku gagahkan diri jugak..kalau tak sure aku tak berjaya.

About kerja..umphhh seperti biasa, masih sibuk seperti selalu..sakit pinggang di buatnya. Tapi syukur alhamdulillah, aku masih mempunyai pekerjaan untuk menampung hidup di zaman ekonomi yang tak tentu hala ni..

Hubby outstation and aku pun ikut sekali hahahaha seronok betul dapat ikut hubby outstation. aku ni memang pantang sikit kalau hubby pergi mana-mana, mesti nak ikut. Seronok rasa perasaan tu kalau dapat ikut. Kesempatan kali ini, hubby pergi Ipoh..alang-alang dah pergi Ipoh, dapat lah balik kampung lagi..terkejut family kat kampung, tetiba aje aku muncul depan rumah..mana tak terkejut, sebelum ni dah balik and then muncul lagi.

Dikesempatan yang ada juga, aku dgn mr.hubby pergi ziarah "rumah banglo" mia..masih bersih lagi rumah dia..rindu juga pada dia tapi bak kata my frenz..ur' must let her go..isk isk isk kenyataan yang nyata untuk dihadapi.

Wah best betul cuti ni, abis semua rumah adik beradik kitaorg pergi melawat..nak pergi tengok wayang citer gang (Upin and Epin) fully booked sampai tengah malam, anak sedara dah sedih giler, nasib baik mak dia beli jugak tiket untuk keesokkan harinya.

No comments:

Popular Posts