February 11, 2009

Aqiqah Iman Harith










Wah bestnya balik kampung friday last week bersamaan 6th. Feb, 2009. Habis keje je terus cabut balik kampung dgn mr.hubby ku. Plus highway memang tak banyak ahli-ahli yang menggunakannya...alamak r.hubby sengajalah pulak drive slow macam kura-kura..sengaja nak melewatkan jadual ketibaan aku di kampung yang kurindu. hahahahaha..

Esok pepagi lagi aku dah dikejutkan oleh anak2 sedara yang memang tak kenal betapa penatnya maklong mereka ini..tapi aku redha. Seronok melayan walaupun seolah-olah dibuli. Comelnya Iman Harith pepagi ni, almaklumlah hari ni aqiqah dia.

Fuh!!! ramainya tetamu, rasa macam Iman nak kawin la..hati menjadi sedikit sebak apabila tahlil dan doa dibacakan..ketika marhaban di jalankan..alangkah bagusnya andai ini adalah aqiqah untuk arwah Mia..namun aku kena kuat untuk semua ini.

No comments:

Popular Posts