February 12, 2009

About Cameron Highland




Last weekend memang best giler..no planning tup tup aku dgn en.suami ku sampai ke Cameron Highland. Mimpi apa pun aku tak tahu, tetiba aje beria-ia suamiku ini nak ke sana. Aku bagai org mengantuk di sorangkan bantal apalagi..panjang je kaki aku niiiiiii...

Abah pulak bila tengok kitaorg dah bersiap, macam terkejut pulak, cuti panjang tetiba anak menantu dah nak balik hehehehe..walapun tak puas bermain dgn anak2 sedara tu tapi sebab nak pergi Cameron highland punya pasal, aku buat keras hati je..karang kalau lembut hati, mahu aku tak jadi pergi.

Wahhh!!! bestnya..akhirnya aku sampai sekali lagi ke Cameron highland..macam dok kat oversea je hahahahaa..poyo lah pulak..but, seronok dapat datang Cameron dengan hubby. Disebabkan last minute planning, hotel banyak yang penuh, so the last choice adalah Strawbery Park..nasib baik ada dua lagi kosong..satu Suite and apartment..suite mahal sangat, so ambiklah apartment..besar giler untuk kami yang berdua ni..
Selain dari stayed kat hotel yang sejuk giler tu,banyak masa dihabiskan dengan shopping..jalan-jalan dsbnya..but satu aje yang sampai sekarang mr.hubby tak puas hati, pasar malam kat Cameron highland (Brinchang) tak ada yang jual makanan, semuanya sayur-sayuran, pakaian dan buah2an..sian hubby..dah ler dia suka makan hehehehe..
Bestnya kat Cameron..insyallah nanti ada masa lebih panjang, surely we all pergi lagi, kali ni pergi ramai2 dgn family.

No comments:

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...