December 29, 2010

Perjalanan..Percutian

Pagi tadi masa tengah siap-siap nak temankan papa pergi dialysis, papa cakap "mama kemaslah beg, kata nak pegi jenjalan, malam tadi papa dah call hotels tapi tak ada yang available untuk hari ini , ada juga yang tak pick up telephone tu..ishh papa ni, memanglah tak ada reservation nak angkat call kalau dah namanya tepon malam-malam..tapi yang best tu siap cakap lagi kat mama "jangan mengharap sangat tau, kalau tak jadi tak apa kan"..uhhh!!

Hari ni mama temankan papa buat dialysis, sambil teman kan papa, mama jadi sexytary papa kena call hotel-hotel nak booking..heheh nasib baik ada lagi bilik untuk mama dgn papa melepak..mula tu booking kat The Legend Water Chalets PD..so lepas abis aje papa dialysis, pergi makan dulu, yang bestnya pergi makan kat Shah Alam, dialysis kat PJ..dalam keter boleh decide pulak tak nak pergi PD tu sebab dah pergi..hahah macam lawak je kan mama dengan papa, sambil makan boleh lagi cari no tepon hotel huhuuu..dapat pun!!!

Sekarang mama kat bilik hotel, papa layan BOLA, mama sakit jantung tengok bola ni..uhhhh aduhai papa ni, tak leh tengok wey akhir bola ni..berdebar-debar..papa tak nak alih siaran ni!!! mama kat mana? Mama dgn papa dok kat Swiss Garden Hotel & Spa kat Lumut..ramai orang sayang, pastu tadi tersesat jalan, padahal dah 3 kali sampai...heheheh nasib baik tak kena marah dengan papa sebab mama ajak kuar ikut Tapah, sedangkan kalau ikut Bidor lagi senang, atau pun ikut je jalan lama dari Kuala Selangor tu..



December 27, 2010

Rasa Tanggungjawab..Rasa Amanah

Hari ini, papa pergi dialysis lagi..tapi hari ni ada problem kat tempat dialysis papa yang kalau nak dikira logik,memang tak logik, memang boleh buat mama naik angin, mama marah!! tak masuk dan tak boleh diterima dek akal..uh!!! Mia pun mesti marah kan..stock air untuk kegunaan patient dah abis!! macam mana tu? kenapa tak order sebelum stok yang ada habis..kenapa lah system pengurusan kelam kabut..eeeee nasib baik lah mama tak ada kat situ, kalau tak, mahunya  dapat tazkirah or syarahan percuma ni..time keje, kejelah, time bersembang, hu ha hu ha, sembanglah hu ha hu ha, tak ada siapa pun nak marah, cuma kenalah ingat, patient kena jaga, amanah tu..

Papa tak sihat tetiba, tak tahulah sebab apa, tadi papa mengadu sakit dada, bila mama check tekanan darah dengan gula, memang tinggi sangat..agaknya papa penat kut Mia, pastu tension dgn situasi kat dialysis centre tadi..kesian kat papa.Sampai rumah pulak tu, ikan papa dah mati 3 ekor..uwaaaa mama yang dulu menangis..kesian sangat..papa lagi frust sebab baru je beli aquarium, jauh pulak tu beli..beli kat Perak lagi..

Esok mama cuti panjang, jadi malam ni lewat sikit mama tidur, nak tengok papa yang nyenyak tidur ni..opss!!! papa terkejut lah Mia.."papa mimpi apa? mimpi jatuh ker? mimpi kena kejar ke? " naper mama tanya papa macam tu, sebab tetiba papa terperanjat, siap tangan dua belah tu macam tergapai-gapai..ummm rupanya papa mimpi ikan banyak..mesti terbawak-bawak pasal ikan yang mati tu dalam tidur,,papa dah tidur balikla  Mia..mama ni pulak rasa lapar sangat sebab tadi tak makan langsung dek risaukan papa tu.

December 26, 2010

Saat Membahagiakan

Mama baru sampai rumah petang tadi. Semalam mama balik kampung, pepagi lepas subuh dah bertolak dari KL ke Perak..highway banyak kereta juga, ada setengah tempat jalan jammed..syukur mama dgn papa selamat sampai rumah maktok..uhhhhh ramainya orang kat rumah maktok semalam..semua ada..maktok dgn tokayah seronok betul walaupun tak berapa sihat..semalam makan sedap!!!

Mama dgn papa ziarah Mia semalam..maaf yer, rumah Mia dah ada rumput tinggi..mesti tak ada penjaga yang tolong bersihkan kawasan rumah Mia dan kawan-kawan kan...tak apa, mama dengan papa dah bersihkan..Mia suka tak hadiah dari mama dengan papa? hadiah dari kawan-kawan mama?

Semalam juga, papa ajak mama gi cari aquarium untuk ikan papa..ingatkan nak cari aquarium, tapi papa siap beli lagi ikan comel-comel untuk temankan ikan papa yang kat KL tu..hahahaha mama layan je sebab mama tak kuarkan duit pun..bilabawak blaik rumah maktok, abis dikerumun dek cousins Mia..eee seriau betul bila kakak aqilah dgn adik iman nak pegang...takut di penyet-penyet ikan papa tu...tadi pun bila mama bangun pagi, cari papa tak jumpa, rupanya papa kat luar, dok mengadap ikan-ikan tu..

Tadi masa on the way balik KL, jalan jammed teruk sangat..pastukan Mia, ada kereta yang macam seronok berlumba-lumba sesama sendiri, siap cilok-cilok lagi..yang mama kesian, penunggang motosikal la..boleh pulak yang bawak kereta tu main laju kat lorong motosikal, sebab nak berlumba dengan satu lagi kereta..kalau terjadinya kemalangan, macam mana? suka sangat cari sakit, kalau tak melibatkan orang lain tak apa, kalau melibatkan orang lain, nyawa orang lain kan naya je..

Minggu depan, mam dah start cuti panjang..mama nak rehat puas-puas dengan papa, sebba nanti bila dah start cuti sekolah, mam kena cover kawan-kawan mama yang bercuti sempena sekolah dibuka.

December 23, 2010

Anugerah..Rezeki..Dugaan Semuanya DariNYA

Andai dua tiga hari lepas mama rasa sedih sangat sebab kena marah dgn papa, tapi dah ok dah sehari lepas tu, macam biasalah kan Mia, adat rumahtangga..walaupun sesekali sakit papa datang dan pergi, mama tetap mama yang amat menyayangi papa no matter what..dan papa always macam tu, kalau datang angin degil, satu apa pun tak nak dengar (actually maybe papa suka dengar mama membebel kut) tapi dalam diam, papa dengar kata..

Minggu ni mama nak balik kampung, nak tengok maktok dengan tok ayah, nak tengok sepupu-sepupu Mia..maktok, tok ayah serta sepupu Mia semua nya tak sihat, kesian mereka semua tu sayang..pastu dah pasti lah kan mama nak gi ziarah anak mama..nak bersih kan rumah anak mama..rindunya!

Esok kat opis, maybe ada fire drill..uhhh kalau mama guna tangga,sure penatkan walaupun turun..tinggi taufloor opis mama tu..mama dah decide nak guna lift kalau memang betul ada fire drill, sebagai langkah berjaga-jaga..manalah tahukan rezeki mama murah..Allah makbulkan permintaan mama..ada adik kat dalam perut mama kan..sebab mama rasa macam ada aje adik tu kat dalam perut mama..Amin Amin Amin..

Dua hari lepas, mama pun dapat good news!!! yes!! allhamdulillah rezeki dari Allah, antara keinginan mama, satu telah Allah permudahkan..syukur sangat-sangat..tak sabarnya Mia mama dengan papa nak tunggu semua tu siap..minggu ni supposed kena jumpa person in charge tapi sebab mama nak balik kampung,next weeklah mama jumpa..huhuuu mama dengan papa kena kerja kuat lagi!!!

December 19, 2010

Hati Tersentuh..Jiwa Terusik

Mia,

Mama kena marah dengan papa!! sedihnya mama,sedih sangat-sangat.Kenapa papa marah mama? sebab mama tegur papa, mama tak kasi papa makan coco crunch untuk kali kedua. Uh!!!sakit hati satu, pastu rasa sedih sangat, sebab mama bukan tak kasi makan tapi dah satu kotak langsai, papa nak tambah lagi..kan benda alah tu manis, mama tak nak papa sakit, takkan itu pun salah! bergelodak aje rasa sakit hati mama ni tau!

Mia, kenapa yerk papa degil sangat? kenapa yerk papa tu pentingkan diri aje..mesti papa tu tak fikir kan, kalau papa sakit, siapa yang susah,siapa yang sedih, siapa yang kelam kabut nanti..mesti papa tak ingat tentang mama kan sebab tu,suka-suka hati je nak marah, nak merajuk! mama punyer sakit hati, terkilan merajuk papa tak ingat langsung kan Mia.

Kerna sayang, kerna kasih, mama dah cuba lakukan yang terbaik untuk papa, tapi kadangkala papa langsungtak ambil "pot" seolah-olah papa hidup sorang-sorang aje tanpa mama..

December 18, 2010

Tentang Semalam..Sebelum..Selepas

Dua tiga hari ni, mama sibuk dengan kerja, busy dengan papa yang selalu buat degil dia serta penat dengan situasi jalanraya dan public transport kat sini..penat sangat-sangat..rasa sesak nafas mama dibuatnya..

Mama nak cerita tentang kerja mama semalam kat opis, busy sangat sampaikan ayam panas yang mama beli masa tengahari tu pun mama baru dapat makan dekat-dekat jam 4.30 petang!! dah sejuk dah tak sedap!! gara-gara tolak ansur yang diberi sekian lama, gara-gara baik budi yang dihulur, senang-senang pula diaorg ni pijak kepala..bukan sekali tapi hampir setiap hari..cuma yang tak boleh nak tahan, benda yang sama..tengok nama, nama yang sama..mama rasakan diaorg ni cuma keje hari Jumaat, masuk opis hari jumaat tengahari je..pastu sibuk nak cepat..kejap-kejap call, tanya dah siap ke belum..boleh pulak persoalkan kenapa lambat..auw!! tak ada akal ke nak pikir, pukul brapa korang kasi..berapa banyak nak kena prepare..nak kena check dulu..karang suruh buat sendiri, tak reti pulak..ucap terima kasih pun tak ada tau!! pastu sebuk-sebuk pulak kasi phone mama berbunyi..

Semalam pun papa sakit lagi..mama dah nasihat tapi entahlah, mama pun tak tahu kenapalah papa ni tak dgr kata..degil yang memang menyakitkan hati je..konon tak nak kasi mama pot pet pot pet, papa bawak mama makan kat kedai baru..baru dapat pot baru..papa kata dia dah pernah makan kat situ last week without mama..tak bawak mama!!!jahat tau..

Papa kata, mama mesti suka tempat ni sebabnya papa kata " mama tak suka tempat yang bising-bising..tak suka tempat yang ramai orang..mama suka tempat yang ala-ala eksklusif (sempat pulak kutuk mama)..then memang betul kata papa, mama sampai je..mama dah terpesona dengan deco kedai tu..mmg tak ramai org, tak bising tong tang tong ting..ada surau boleh sembahyang magrib semalam..walaupun bukan restoran mewah, hanya restoran di shoplot, tapi mama suka sebab mmg nampak macam eksklusif..harga berpatutan..ummm kalau lah Mia ada, ni ajelah pot tempat kita lepak..nanti maktok dgn tokyah datang, mama nak ajak papa bawak diaorg makan kat sini..

Hari ni pula, mama temankan papa dialysis..macam biasa setiap Sabtu, mesti nak kena temankan almaklumlah hari lain mama kat opis..then harap-harap lepas ni, papa tak pening or tak penat sebab mama nak gi jumpa kawan-kawan sekolah rendah mama kat OneUtama tu..ummmm lama sangat tak jumpa diaorg..

December 16, 2010

Al-Fatihah

Hari ini, mama dapat sms dari tok ayah...berita yang amat menyedihkan buat kami semua..cousin mama telah meninggal dunia pagi tadi..Al-Fatihah buat Abg Mie, moga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Sedihnya..kami membesar bersama-sama, dulu masa mama kecil, mama suka balik rumah tok..arwah abg mie yang selalu temankan tok malam-malam sebab tok wan dah tak ada..tapi makin kami dewasa, kami jarang berjumpa almaklumlah masing-masing tinggal jauh..last mama jumpa arwah raya lepas..tokyah kata, arwah meninggal sebab kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja..aduh!!!

Ajal maut semua ditentukan Allah, moga kita yang masih ada didunia ini dibawah rahmat Allah, senantiasa di lindungi Allah..

Tentang Papa

Terasa rasa seolah olah telah terlalu lama mama tak mencoret sesuatu disini, walaupun saban hari ada aje cerita yang mama nak kongsi tapi keadaan dan masa yang membataskan mama. Keadaan papa yang tak menentu, sekejap sihat sekejap tak sihat begitu merungsingkan mama.

Papa degil, degil sangat..bila papa degil, mama rasa nak tarik telinga papa kuat-kuat, supaya papa dengar kata mama, dengar nasihat mama..bila datang angin degil papa, mama rasa penat sangat, sebab mama risaukan kesihatan papa, takut sakit papa datang balik..mungkin papa banyak sangat makan pedal ayam ker masa kecil-kecil dulu? bukan ke orang tua-tua kata, makan pedal ayam, boleh jadi degil..mitos?

Kalau papa sihat, mama tak risau, tak rungsing sebab papa ceria, bertenaga dan nampak gembira..yang best dapat pergi jenjalan..mama memang suka jalan! Mama harap, Allah berikan mama dan papa kesihatan yang baik, tubuh badan yang sihat dan kuat serta ketabahan dan kesabaran untuk kami..

December 11, 2010

Tentang Nurin Amni Damia Khalilah

Mia Sayang
mama rindu anak mama
rindu sangat!!

Mia,
masa Mia dalam perut mama
masa Mia guling-guling
masa Mia exercise
masa Mia tendang-tendang
mama suka sangat
mama suka ketawa kegelian

Mia,
masa mama nak mengada-ngada kat papa
masa mama nak manja-manja dgn papa
masa mama tanya Mia nak makan apa
walaupun mama yang nak makan
mama selalu cakap kat papa
baby yang nak
papa kalau mama kata baby nak
pasti papa akan tunaikan

Mia,
harini mama saja sketch pic Mia
walaupun dari picture yang sama
tapi Mia mama tetap nampak cantik
tetap comel
mama rindu Mia
mama sayang Mia

December 7, 2010

Papa Sakit

Mia,

Mama sedih sangat...risau lagi ni..papa sakit lagi sayang..mama dengan papa aje kat rumah..kena attack lagi..aduhai Mia, tolong mama..temankan mama sayang..mama dah ajak papa pergi hospital, tapi papa ni degil sangat..risau mama n i sampaikan rasa macam nak meletup tangkai jantung mama ni Mia..kenapa lah papa Mia ni degil sangat..

Mia sayang, doakan papa disana yer...doakan papa siihat dan kuat yer..doakan mama sekali tau..mama rasa nak tepon aje tok ayah dgn maktok, suh datang temankan mama kat sini, agar bila tetiba papa sakit, mama tak jadi kacau bilau..tapi papa mesti marah mama sebab menyusahkan maktok dgn tok ayah..

Mia, kalau Mia ada, tentu mama ada kawan nak temankan mama..aduh sayang, tak tertahannya rasa hati mama ni..risaukan papa..rindukan Mia..-:(

Maal Hijrah..Sayang

Salam Maal Hijrah Sayang,

Mia, arini Maal Hijrah...moga tahun baru ni, hidup mama dah papa lebih diberkati Allah..senantiasa dibawah lindungan Allah..macam Mia juga..mama harap Allah pelihara papa dan mama, berikan kesihatan yang baik untuk mama dan papa tentunya, kurniakan kami rezeki yang halal dan tentu sangat mama dan papa berharap, agar Allah makbulkan doa kami..berikan kami adik untuk Mia..Mia suka kan?

Mia, mama rasa bertuah sangat sebab mama dan papa ada kawan-kawan yang senantiasa sudi bersusah senang dengan mama..terharu sangat..semalam mama dapat call dari kawan-kawan opis mama bertanyakan tentang keadaan papa..yer la kan semalam kan mama kelam kabut keluar opis, havoc kejap opis tu, sampaikan ada seorang tu kawan mama nama Uncle Shahrom, sanggup keluar cari mama dengan papa kat bawah office tu dengan niat nak membantu apa yang patut..jenuh juga uncle tu mencari mama merata-rata tapi sebab tak cam plat keter papa, so tak dapat lah cari..sian uncle tu..sebenarnya doa dari kawan-kawan serta ahli keluarga yang paling mama harapkan..terima kasih semua..Mia pun tahukan keadaan mama semalam..betapa mama takut..sampai mama nangis-nangis dalam keter..papa pulak ummmm macam biasalah Mia..geram tau dibuatnya..macam tak ada tau perasaan..

Malam tadi, makteh call mama sayang, tapi mama tak sempat nak jawab sebab dok layan papa yang sakit..so bila mama call makteh, mama tanyalah naper..makteh kata "anak hang nak cakap" time tu mama dah tahu siapa yang nak bercakap dengan mama..siapa lagi kalau bukan kakak Aqilah tu..rindu mama lah tu agaknya padahal baru je bercakap sebelum tu..time mama call makteh, kakak Aqilah dah tidur sebab merajuk tak dapat cakap dgn mama..ummmm sian dia..pepagi tadi mama tepon balik, still merajuk lagi...kalau Mia ada, tentu macam Aqilah jugak kan? tapi mama tak kisah nak merajuk pun sebab mama tahu macam mana nak pujuk heheheh...

Harini juga mama celebrate Maal Hijrah dgn papa kat tempat dialysis papa..moga tahun baru ni lagi baik dari tahun yang lepas..amin amin amin..leas papa abis  buat dialysis, tak sure lagi nak pergi mana..tekak mamani macamnak makan something tapi tak tahu nak makan apa..huhuhu kalau macam ni, sure karang kena marah dengan papa..i love u papa..mama love u too Mia..uwaaaa rindunya nya kat Mia..ada lagi gambar masa mama pergi LWOT..

Mama tak berani nak naik
ni bukan stroller Mia..Mia punyer Ferrari gitu

Papa,  we love u


bestkan Mia...

mama suka tengok budak2 main kat sini..tak nampak Mia pulak..





December 6, 2010

Mama..Paklong..Hubby

Mia sayang, mama sedih lagi hari ini..sedih serta gelisah..susah hati sama rata sayang..kenapa? papa Mia la..penatnya hari ni sayang..tadi masa kat office, papa tiba-tiba tepon mama, papa kata " mama, papa on the way nak ambik mama, tapi papa sakit dada teruk sangat ni"..rasa macam kepala mama kena hempap dengan batu besar..terus mama kemas meja..kemas beg, angkat beg terus bagitahu boss, mama nak keluar opis awal sikit sebab papa sakit..Mia boleh bayangkan tak betapa kelam kabutnya mama..betapa risaunya mama dengan keadaan papa..mama sampai kat bawah opis, papa dah ada..nampak sakit sangat papa tu Mia..mama pegang papa.."urgggg..urgggg" banyak nya angin kat papa ni..sesak nafas ler pulak..mama tanya papa "tadi makan apa?" tahu tak papa jawab apa Mia "ummmm makan ubi" eeeeeee rasa macam nak ketuk-ketuk je papa Mia tau..degil betul..dah tahu sakit, nak juga makan benda yang dilarang..menguji kesabaran mama sungguh..hasilnya, kul 9 malam baru sampai rumah, gara-gara banyak sungguh perhentian yang disinggah..

Mama bukannya apa..mama takut papa sakit walaupun sakit tu semua ujian dari Allah tapi mama memang tak tegar bila papa sakit..dah ler banyak sangat penyakit papa tu kan..Mia doakan papa sihat walafiat yer supaya papa boleh beramal ibadat dgn lebih baik..malam ni malam Maal Hijrah..Selamat Tahun Baru yer sayang..mama sayang Mia..

Mia, mama nak cerita sikit, kakak Aqilah sepupu yang sebaya dgn Mia tu, hampir 2 minggu ni, bila mama tepon je rumah maktok,  mesti dia yang jadi sexytary..busy nak bercakap..suka sangat panggil mama ni "mama" bukan maklong seperti selalu..dah ler panggil mama ni "mama" pastu sebuk tanya papa.. "paklong mana? "paklong buat apa?" bila kata paklong tak ada..paklong buat keje..merajuk pulak kat mama ni...ishhhh tapi mama tak kisah dia nak panggil mama ni maklong ataupun mama..Mia pun tak kisah kan?

December 5, 2010

Lost World

Sayang mama,

Saat mama mencoret di alam maya ni,mama dengan papa baru aje pulang dari Perak..mama pergi rumah makngah Mia lah...kakak Batrisya dah bising sebab mama dah lama tak pergi tidur sana..kebetulan pula, kawan papa ajak pergi Lost World of Tambun..Ummm tak berapa nak seronok sangat sebab mama tak leh nak bermain air macam orang lain..ishhhh karang air tu bertukar caler pulak..papa je yang main air, mama kena jaga barang, tu yang mama tak puas hati, memamg lost betul kat sana..seronok tengok budak-budak main air..mama dah cakap dengan papa, " mama tak kira, next week kena datang sini balik, sebab mama tak dapat main air arini"..hehehe mama paksa papa..pergi Lost World juga tak pernah membuatkan mama melupakan anak mama ni..
Hijau yang menyamankan mama

pintu masuk

if Mia ada,sure Mia kena ukur kat sini..klu tinggi, mama kenalah bayar entrance fee

map ~ sure susah kalau Mia hilang kat dlm ni

klu ada Mia, tentu papa belikan untuk kita

favourite mama..mungkin akan jadi kesukaan Mia juga

tempat rabbit

rabbit..mma suka rabbit

burung yang lapar

December 1, 2010

Nemo...Nemu

Mia,

Mama sedih..sedih sangat..
Sedih kerna Nemo dah tak ada..
Nemo dah pergi jauh
Jauh macam Mia juga

Nemo danNemu
Nama yang mama gunakan
Cute sangat macam citer cartoon tu
Tapi sekarang hanya tinggal Nemu sendirian

Tadi pun bila mama tengok Nemu
Mama juga menangis
Papa pun terkejut
Rasa sayu, rasa hiba
Menjadi penyebab pada
Gugurnya mutiara itu

Kenapa Mia?
Tertanya-tanya tentang Nemo dan Nemu?
Itulah  ikan yang mama terima
Untuk sumbangan kecil mama
Charity untuk disalurkan pada kanak-kanak

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...