December 16, 2010

Tentang Papa

Terasa rasa seolah olah telah terlalu lama mama tak mencoret sesuatu disini, walaupun saban hari ada aje cerita yang mama nak kongsi tapi keadaan dan masa yang membataskan mama. Keadaan papa yang tak menentu, sekejap sihat sekejap tak sihat begitu merungsingkan mama.

Papa degil, degil sangat..bila papa degil, mama rasa nak tarik telinga papa kuat-kuat, supaya papa dengar kata mama, dengar nasihat mama..bila datang angin degil papa, mama rasa penat sangat, sebab mama risaukan kesihatan papa, takut sakit papa datang balik..mungkin papa banyak sangat makan pedal ayam ker masa kecil-kecil dulu? bukan ke orang tua-tua kata, makan pedal ayam, boleh jadi degil..mitos?

Kalau papa sihat, mama tak risau, tak rungsing sebab papa ceria, bertenaga dan nampak gembira..yang best dapat pergi jenjalan..mama memang suka jalan! Mama harap, Allah berikan mama dan papa kesihatan yang baik, tubuh badan yang sihat dan kuat serta ketabahan dan kesabaran untuk kami..

1 comment:

MommyAqil said...

semoga papa n mama mia sentiasa sihat dan berada di bawah lindunganNya..

Family belah daddy aqil ade banyak history ttg penyakit buah pinggang..infact arwah mak daddy aqil pon meninggal disebabkan kerosakan buah pinggang setelah menjalani proses dialisis selama 20++ tahun...

Popular Posts