Mama baru sampai rumah petang tadi. Semalam mama balik kampung, pepagi lepas subuh dah bertolak dari KL ke Perak..highway banyak kereta juga, ada setengah tempat jalan jammed..syukur mama dgn papa selamat sampai rumah maktok..uhhhhh ramainya orang kat rumah maktok semalam..semua ada..maktok dgn tokayah seronok betul walaupun tak berapa sihat..semalam makan sedap!!!
Mama dgn papa ziarah Mia semalam..maaf yer, rumah Mia dah ada rumput tinggi..mesti tak ada penjaga yang tolong bersihkan kawasan rumah Mia dan kawan-kawan kan...tak apa, mama dengan papa dah bersihkan..Mia suka tak hadiah dari mama dengan papa? hadiah dari kawan-kawan mama?
Semalam juga, papa ajak mama gi cari aquarium untuk ikan papa..ingatkan nak cari aquarium, tapi papa siap beli lagi ikan comel-comel untuk temankan ikan papa yang kat KL tu..hahahaha mama layan je sebab mama tak kuarkan duit pun..bilabawak blaik rumah maktok, abis dikerumun dek cousins Mia..eee seriau betul bila kakak aqilah dgn adik iman nak pegang...takut di penyet-penyet ikan papa tu...tadi pun bila mama bangun pagi, cari papa tak jumpa, rupanya papa kat luar, dok mengadap ikan-ikan tu..
Tadi masa on the way balik KL, jalan jammed teruk sangat..pastukan Mia, ada kereta yang macam seronok berlumba-lumba sesama sendiri, siap cilok-cilok lagi..yang mama kesian, penunggang motosikal la..boleh pulak yang bawak kereta tu main laju kat lorong motosikal, sebab nak berlumba dengan satu lagi kereta..kalau terjadinya kemalangan, macam mana? suka sangat cari sakit, kalau tak melibatkan orang lain tak apa, kalau melibatkan orang lain, nyawa orang lain kan naya je..
Minggu depan, mam dah start cuti panjang..mama nak rehat puas-puas dengan papa, sebba nanti bila dah start cuti sekolah, mam kena cover kawan-kawan mama yang bercuti sempena sekolah dibuka.
No comments:
Post a Comment