December 27, 2010

Rasa Tanggungjawab..Rasa Amanah

Hari ini, papa pergi dialysis lagi..tapi hari ni ada problem kat tempat dialysis papa yang kalau nak dikira logik,memang tak logik, memang boleh buat mama naik angin, mama marah!! tak masuk dan tak boleh diterima dek akal..uh!!! Mia pun mesti marah kan..stock air untuk kegunaan patient dah abis!! macam mana tu? kenapa tak order sebelum stok yang ada habis..kenapa lah system pengurusan kelam kabut..eeeee nasib baik lah mama tak ada kat situ, kalau tak, mahunya  dapat tazkirah or syarahan percuma ni..time keje, kejelah, time bersembang, hu ha hu ha, sembanglah hu ha hu ha, tak ada siapa pun nak marah, cuma kenalah ingat, patient kena jaga, amanah tu..

Papa tak sihat tetiba, tak tahulah sebab apa, tadi papa mengadu sakit dada, bila mama check tekanan darah dengan gula, memang tinggi sangat..agaknya papa penat kut Mia, pastu tension dgn situasi kat dialysis centre tadi..kesian kat papa.Sampai rumah pulak tu, ikan papa dah mati 3 ekor..uwaaaa mama yang dulu menangis..kesian sangat..papa lagi frust sebab baru je beli aquarium, jauh pulak tu beli..beli kat Perak lagi..

Esok mama cuti panjang, jadi malam ni lewat sikit mama tidur, nak tengok papa yang nyenyak tidur ni..opss!!! papa terkejut lah Mia.."papa mimpi apa? mimpi jatuh ker? mimpi kena kejar ke? " naper mama tanya papa macam tu, sebab tetiba papa terperanjat, siap tangan dua belah tu macam tergapai-gapai..ummm rupanya papa mimpi ikan banyak..mesti terbawak-bawak pasal ikan yang mati tu dalam tidur,,papa dah tidur balikla  Mia..mama ni pulak rasa lapar sangat sebab tadi tak makan langsung dek risaukan papa tu.

3 comments:

MommyAqil said...

Mama..
tabah dan sabar hadapi dugaan ini yer mama mia sayang..InsyaALLAH..papa mia akan sihat dan kuat..Mama pn kena kuat tau!!aja..aja..fighting!!hihihi..

Mrsboxz said...

Mamanurin,geramnyer baca ttg ni.Bila keje melibatkan nyawa ni kenalah serius dan jgn amik mudah.merisikokan nyawa orglain dan menyusahkan jer.when someone life is stake,please make yr time(mamanurin kena bg syarahan tertunda nant kat tpt tu,bg jgn tk bg).

MaMaNuRiN said...

momyaqil, insyallah, moga kita semua rahmati dan diberkati allah.

mrsbox, tu la pasal, mmg kalau mamanurin ada time tu, dah kena jugak dah..

Popular Posts