February 19, 2011

Another Treatment !

This week, mama rasa macam  tak keruan, mama tak tahu kenapa or memang mama tahu tapi mama saja-saja nak buat tak tahu! badan rasa penat sangat, fikiran pun sama.

Mama sunyi..mama nak pengganti Mia yang telah pergi, tidak bermakna mama telah melupakan Mia tapi mama nak rumah mama yang kecil ini tak sunyi lagi..tapi sebenarnya itu kah alasan mama? bukan..bukan itu sebenarnya..mama sebenarnya rasa tak puas sangat..tidak puas dan tidak cukup lagi rasanya memegang, memeluk,  mengusap, mengendong dan cium-cium baby kecik mama..sapa lagi Mia la..sebab itulah mama harap, mama akan dapat pengganti Mia...Mia mama, hanya seorang di dunia dan akhirat, tak akan sama dengan dengan yang lain, tetap yang mama sayang seluruh jiwa raga mama tapi ketentuan Allah, DIA yang menyayangi Mia, kerna itu DIA yang berhak mengambil Mia terlebih dahulu dari mama, sebab Mia bidadari mama yang cantik sekali..

Mama dah decide nak start balik treatment mama setelah berehat hampir 6 bulan dari acara cucuk menyucuk dan makan ubat dengan cuba untuk pregnant secara normal..mama nak adik untuk Mia, supaya mama boleh berkongsi apa sahaja cerita dengan kawan-kawan  mama yang ada zuriat, supaya mama tak rasa diri mama serba kekurangan..mama harap Mia akan dapat adik yang mana mama boleh bercerita pada "adik" tentang kakak Mia dia yang telah pergi..tentang "kakak" dia yang tidak pernah membuatkan rindu mama surut..tentang tanggungjawab mama yang tak pernah kesampaian pada "kakak" dia..

Moga end of this month and awal bulan depan, akan ada berita baik untuk mama dan papa..jika tidak, mama dah bersedia untuk melalui another treatment, telah bersedia untuk menelan ubat clomid tu, mama hairan, hanya ubat-ubat treatment aje yang mampu mama telan, kalau ubat sakit lain macam panadol ker, jangan harap mama mama boleh telan, muntah ada lagi..Allah permudahkan mama sebab Allah tahu, mama betul-betul dambakan cahayamata penyeri rumahtangga mama..bersedia untuk disuntik setiap hari dengan ubat-ubat dan dos yang tinggi..treatment apa mama nak buat yer? ummm untuk sementara ni biarlah mama try balik IUI..duulu dapat Mia pun dengan treatment ni kan..tak tahulah berapa pula cost kali ini..semuanya bergantung pada jenis ubat dan dos yang terpaksa diambil..

Moga Allah permudahkan usaha mama dan papa..moga Allah kuatkan papa dan berikan kesihatan yang baik untuk papa dan moga Allah limpahkan rezeki untuk mama serta papa. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami..Amin Amin Amin

4 comments:

insan kerdil said...

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan (yang dikehendaki) nya. Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu"

(Ayat Seribu Dinar)

ketentuan Allah adalah rahsia Allah....

wallahu'alam...

Mamanurin said...

Insyallah..DIA senantiasa bersama hambaNYA susah dan senang

umimiqdad said...

salam...
semoga mamanurin sentiasa tabah n sabar ye...yg penting jgn lupa bertawakkal lah pada Allah setelah berusaha...

mieza said...

salam...
salam perkenalan utk mama mia...
sy br je berjinak2 dgn dunia blogger ni...
sy hrp awak tabaha hadapi dugaan dunia ni....Allah trlalu sygkn awak....ape pn gud luck 4 ur treatment k...hopefully ade brite gembira utk mia....
AMIN....

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...