February 19, 2011

Papa Pitam! Mama Risau

Hari ni, papa pergi dialysis sensorang sebab papa kata mama tak payah temankan nanti mama penat. Selalu kalau papa dah sampai kat dialysis centre tu papa akan call or abis teruk dan kedekut, papa akan sms mama. Tapi tak ada juga call or sms dari papa so mama pun sms ler papa..mama tak kedekut tapi kekadang kesian kat papa kelam kabut pulak tengah dialysis nak menjawab call..

Patut la papa diam aje..rupanya ada problem kat dialysis center..papa sakit..papa pitam..ishhhh tu yang mama susah hati tu. Pelik pula mama kenapa papa jadi macam tu..mama ni kalau dah susah hati, memang lah kejap aje mama dah tepon dialysis centre tu tanya kenapa..staff nurse kata, dialyzer papa yang lama dah tukar, hari ni papa pakai dialyzer baru, mungkin papa tak boleh tahan dengan dialyzerbaru sebab tupapa rasa penning dan sakit, kebetulan masa tu, jarum dah dicucuk pada lengan, papa meronta tak sedar adajarum, tu yang bengkak tangan tu..
mesin dialysis

dialysis dah start ~ darah dicuci

dialyzer
Alhamdulillah, papa selamat sampai rumah tapi kepenatan dan mengadu sakit dada..fuh!!! sekarang taksenang hati sebab mama risaukan papa..mama kena monitor tekanandarah dengan jantung papa..kena tuam-tuam lengan papa yang bengkak tu dengan ais dan air suam..rasa bersalah juga sebab mama dengar kata-kata papa supaya tak ikut pergi dialysis. Sekarang papa tengah tidur..mama tak naklah kacau papa tidur..biarkan papa tidur supaya badan papa segar kembali sebab esok mama dah ada rancangan..mama nak pergi One Utama heheheh..

1 comment:

nuyin2u said...

sabarlah mamanurin, kita serupa. lemah, penat,pitam dah jadi biasa bg orang dialisis ni.semoga kita diberi kesabaran yg tinggi.

Popular Posts