February 14, 2011

Dia bukan untuk mama dan papa

Entry semalam tentang rasa teruja mama, tentang rasa syahdu mama, tentang rasa gembira mama..tapi Mia, baby boy tu bukan rezeki mama lagi, bukan hak kepunyaan mama kerna tidak lama selepas tu, kawan papa massage mama bagitahu "rin, mintak maaf yer, baby boy tadi dah dapat keluarga angkat, belum rezeki rin lagi"uhhh tergamam kejap mama, tak terkata, baru berangan-angan yang diri mama ni kelam kabut dgn papa serta baby boy tu, namun takdirnya dia bukan untuk mama dan papa..moga baby boy tu menjadi anak yg soleh pada kedua ibu dan bapa angkatnya..moga akanmenjadi anak susuan yang baik budi pekerti. 

Mama tak sedih? sedih juga tapi mungkin belum rezeki mama..Allah itu Maha Pengasih lagi Penyayang, pasti ada rencana dah hadiah yang istimewa untuk mama kelak..Amin Amin Amin..mama tak akan berputus asa Mia,mama tahu Mia tak suka mama putus asa..

2 comments:

insan kerdil said...

ujian bukan sahaja....pada ketika mendepani kesusahan serta kepayahan.....

namun pabila masih terus percaya dan yakin....segala yang berlaku atas izin-Nya....atas sebab dan perkiraan hanya Dia yang Maha Mengetahui...

kerana Dia adalah Pemilik...Penentu....yang Maha Mengasihani...Maha Menyayangi...

ketentuan Allah adalah rahsia Allah....

wallahu'alam....

Lady Mira said...

bukan senang nak ambik anak angkat... byk benda kena difikirkan... tp at the same time... hati mmg nak jer ambik baby tu and give all the love in the world kan?

http://rebellingmind.blogspot.com

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...