February 14, 2012

Cerita atas highway

Mama sangat marah dan sakit hati!! Dah banyak kali mama dengan papa jumpa situasi macam ni!! tak tahu la kan diaorang ni sebenarnya tahu or tak tentang keselamatan or saja tak ambil peduli, tunggu masa berlaku baru nak menyesal. Sorry!!! masa tu menangis, meratap meraung pun tak akan ada gunanya.

Mesti tertanya-tanya kan kenapalah mama ni dok berleter tak tentu pasal. Tadi masa on the way balik rumah dengan papa, kat highway Jalan Duta nun nak masuk ke Guthrie pulak, sebelah lorong kiri mama ada satu kereta kancil, boleh tahan laju nak himpit ke kanan, kiranya lorong mama sebab nak guna smart tag, sebab mama lagi laju so, memang real la nampak kereta kancil tu. Rupanya yang memandu tu perempuan, bezanya mama tak drive tapi papa yang drive, so mama peratikan, cik akak tu drive laju satu hal, signal tak kasi, then tahu tak apa mama nampak?? dia drive dengan anak dia kat pangku dia, sebelah tangan pegang stereng kereta, sebelah lagi pegang anak, sambil tangan si anak tu dok berlaga-laga kat stereng!! cuba bayangkan!!!

Adoi!!! bahayanya..cakap dengan papa, papa kata mungkin tak ada car seat kut..mama kata tak apa, kita slow, kiter tengok bila dia potong kiter..then..seperti yang dirancang, kami dipotong, yesza!!!! nampak ada car seat sebelah pemandu..naperlah drive macam tu wahai akak kancil, tak fikirkan kan keselamatan anak dan diri sendiri? even memang salahkan kalau car seat tu letak kat depan, supposed car seat kat belakang penumpang..ummmm papa kata, nak buat macam mana, orang tak belajar dari pengalaman orang lain, nak kena dulu baru nak belajar..

Aduhai, hilang apa yang dikasihi dan disayangi tak akan ada penganti. Merana jiwa. Berwaspada dan berhati-hati demi anak-anak dan diri serta orang lain. Sakit kehilangan sangat perit.

1 comment:

Mrs ARK said...

Selalu jugak nampak.

Inilah hikmahnya kita lambat diberi rezeki anak, supaya we wouldn't do the same thing. Pastu suruh kita prepare siap-siap car seat etc untuk anak-anak kita, kan?

Popular Posts