February 13, 2012

I believe I Can Fly


Tengahari tadi mama beli UPT test konon nak test sendiri sebab pagi tadi bangun tidur tak ada tanda-tanda bleeding, konon aje yer. Lepas beli, ummm macam tak kasi mama guna ajekan, pergi toilet tengok2 macam kawan baik pulak!!! ummm sah mama dah failed first treatment untuk tahun ni.

Perasaan mama? Ummm mama redha, even semalam pun mama doa dalam hati, minta Allah berikan jalan dan petunjuk jika benar ada rezeki untuk mama, kuatkanlah ia pada rahim mama, jika ia bukan rezeki mama, mama redha. Papa pun mama tengok ok aje sebab papa ni memang cool aje bila mama pun cool, kalau mama nangis, sure papa tak cool, sure papa tak suka.

Hari ni mama tak pergi surau, kawan office tegur mama..mama cakap mama dah failed, terus kawan mama kata, "tak mau nangis yer, usaha lagi" auww!!! nampak sangat mama ni kuat nangis kan? hehehee..mama jawab "eh mana ada nangis, dah tak tau macam mana nak nangis, insyallah..nanti cuba lagi" see!! mama tak putus asa kan? mama rasa Allah berikan mama kekuatan yang sangat hebat!!! entah kenapa semalam mama seolah rasa lemah sangat kala mama mencoret entry semalam, tapi hanya seketika!! malamnya mama rasa kekuatan mama datang kembali. rasa degil mama muncul lagi. 

Mama pasti ada juga suara-suara yang sinis pada mama. Kenapa nak buat lagi treatment? treatment kan guna duit banyak,sakit. Dah banyak kali cuba tak berjaya, tak payahlah buat. Itu kata-kata hanya  di belakang mama, sangat pedihkan bila telinga mendengarnya. Setiap insan dugaan dariNYA sangatlah berlainan, jika tidak sudi berkongsi kasut apa salahnya benarkan mama berjalan di laluan yang sama. Mama tak pernah minta dugaan begini, diuji dengan pelbagai ujian, tapi mama redha sebab mama tahu Allah sayangkan mama dan papa, dengan ujian dan dugaan membuatkan mama dekat pada DIA.

Insyallah, andai diizinkan Allah, mama tetap akan teruskan treatment mama, cuma sekarang mama nak rehat dalam sebulan dua, sebab next month mama akan dapat anak sedara baru, bulan lima pula lagi seorang anak sedara..bestnya!!! bertambahlah budget raya mama tahun ni!! Papa dah ajak mama pegi bercuti lagi, maybe nak happykan mama. Wah bestnya dapat jalan lagi.


3 comments:

umimiqdad said...

InsyaAllah ada rezeki ,kalau bukan sekarang mungkin suatu masa nanti..cuba lagi ye..

Anonymous said...

chaiyokkk mama!!!!!!

Sizuka said...

Cuba lg ye mama... InsyaAllah suatu hari nnt permata hati berada dlm pelukan....

Popular Posts