February 15, 2012

Bersih..Suci

Emmmm hari yang penuh dengan kesibukan, hari yang memenatkan buat mama sebab banyak kerja yang nak dipulun, pastu passport mama buat hal pulak!!! adoi!! sakit jiwa woo.

Hari ni juga kalau dikira "pendarahan" yang bermula ahad lepas,  dah hari ke 4 tapi badan sakit-sakit macam baru nak period aje. Kepala pusing, perut tak selesa, "Cik B.." pun rasa sakit. Mama tak berharap tapi kawan-kawan mama suruh mama test urine. Nak test ker? Umm nak test ker? tengok esok pagi bangun tidur la ya.

Hari ni area rumah mama ada pasar malam, mula tu malas nak pergi tapi sebab papa kata nak cari kuih putu, ikut ajelah kan. Sempat mama pau papa laksa sedap! pastu lalu kat orang jual satay, bau sungguh best, beli pulak satay. Papa nampak orang jual apam balik, beli pulak apam balik yang rangup tu. Putu tak jumpa lagi..jalan nak cari putu, jumpa murtabak, beli pulak murtabak. Sebab tulah mama tak nak pergi pasar malam, sebab nak beli satu aje dah jadi banyak. Selalu macamtu..maka nanti berlakulah pembaziran, pastu sure papa pun berleter hehehhee.  Putu? tak pergi pun cari putu sebab dah banyak makanan.

No comments:

Popular Posts