Penat sangat sebab journey hari ni without rest. Semalam balik dari kerja mama terus buat kerja rumah, sambil mengemas, mama membasuh but tahu tak ada satu benda yang mama rasa memang mama ni dah jadi sangat pelupa!!! washing machine mama separa auto ok, last mama buat kerja membasuh tu hari rabu sebab tinggal berdua kan so tak adalah banyak sangat pakaian yang perlu dibasuh setiap hari. Semalam bila nak guna, auwwww!!!! ada baju yang tak dikeluarkan dari washing machine tu!!! sambil membebel untuk diri sendiri sebab dah tak sedap kan bau pakaian yang bersidai satu hal, kena buat basuh lagi sekali, dah rugi sabun, pewangi dan sebagainya, mama cakap dengan papa, "patutlah hari tu rasa macam ada benda je yang tak ingat" hahahaha..nasib baik papa tak marah :-)
Lewat jugak tidur tapi siap pesan kat papa kuncikan jam. Hari ni bangun jam 2 pagi sebab nak travel pergi Setiawan..kejap sangat tidur. Kenapa seawal itu? sebabnya mama dengan papa kena prgi jumpa Doctor Homeopathy papa kat sana untuk ambil ubat, check perkembangan kesihatan papa dan buat fisioteraphy anggota badan. Kalau lambat sampai, lambat la pula giliran. Akhirnya sampai around 6 pagi depan pagar clinic dan dengan bangganya kitaorang jadi orang pertama. Clinic open jam 7 pagi..sangat bangga even mata dan kepala masing-masing dah kembang kuncup sebab mengantuk.
Sesi dengan doctor settle dalam jam 9 pagi terus balik Kuala Lumpur, tak balik kampung kat Taiping pun or tak singgah pun rumah adik yang mana perjalanan pulang kena melalui rumahnya. Bukan tak nak balik, bukan tak nak singgah, kalau dah singgah nanti tak tidur, kecil hati pulak adik, kalau balik Taiping, cuti sekejap. esok nak balik sure lagi penat.
Dalam perjalanan balik ,sambil merepek meraban dalam kereta, teringat kat anak sedara mama si Mya Sara yg sepatutnya kalau mama tak pergi Setiawan, mummy dia nak bawa datang rumah tapi tak jadilah kan..teringat last week dia datang rumah, time masing-masing dah tutup lampu, dia boleh menyanyi sorang-sorang lagu geleng si paku gelang!! sampaikan papa pun terkejut..mesti papa ingat hantu!!! bila tanya Mya nak school kat mana, jawab budak umur 3 tahun tu "Mya nak school kat London" amboi!! macam kat Malaysia ni tak ada school kan..tapi sangat cute jawapan dia. Tak apalah Mya, nanti bila daddy dah decide again nak pergi Dublin, sila la pergi yer, boleh maklong pergi jalan-jalan sana.
Bila dah teringat kat Mya Sara tu, dah tentu teringat kat baby sendiri kan, terus tanya papa "papa, papa rindu tak kat Mia?" papa angguk sambil mata terus tengok depan sebab tengah drivekan. Mama tanya lagi and papa still juga menganggukkan kepala dia then terus tanya mama "dah berapa tahun yer" adoi!! papa ni kan memang tau, mama pun tak sure dia ingat or saja nak abaikan or tak nak ingat. Sukar untuk mengetahui isi hati papa ni sebab dia jarang nak mengaku!!! it's 5 year ok papa..papa kata "ohh!!! yer ker? mesti nakal and sangat-sangat mengada kan dia" mama cakap biasalah tu..so masing-masing dok berangan tentang kalau dia ada..dok berangan apa yang akan kami lakukan pada anak-anak kami..!!! sangat best!!
Okay, apa yang nak dibuat? nak hantar playschool masa umur 3 tahun..biar dia puas bermain. sambil belajar, nak hantar kelas piano sebab mama sangat suka dengan piano, hantar kelas swimming, hantar kelas menunggang kuda, dan bermacam-macam lagi dan yang penting kelas agama! dapat jadi Hafiz dan Hafizah
dan mendoakan untuk mama dan papa bila kami dah tiada pun dah sangat bangga.
Moga Allah permudahkan kami, permudahkan pintu rezeki kami, kuatkan iman dan tabahkan hati kami.
3 comments:
Semoga dpermudahkn segalanya. Aamiin Ya Rabbalaminn.
sabar ye mama.. semoga bidadari syurga mama tenang disana... mama dh ade saham kat sana...:) jgn sedih2 k.. alfatihah (nkh)
Mmg kan.. org laki ni suka main sorok2 perasaan diorang.. ape2 pun semoga usaha kita dipermudahkan Allah SWT..
Post a Comment