January 16, 2009

Mimpiku bertamu

Mimpiku bertamu lagi..bersama kedinginan malam, aku mimpikan Mia lagi. Rindu kah dia pada mamanya? Alangkah bahagianya andai tika dan saat ini aku dapat mendengar dan melayani kata-katanya,sepetah kah dia seperti cousinnya?

Alhamdulillah, mimpi malam tadi seolah-olah pengubat kerinduan ku padanya. Gembiranya dia berlari-larian, bergelak ketawa tanpa rasa penat. Tentu dia gembira "disana" dan nak share rasa gembira dan bahagia dia dengan aku. Ya sayang, mama tahu, baby kecil mama sangat gembira dan bahagia..

Mimpi yang bertamu di kala rindu singgah menyapa diri, membuatkan jaga ku terasa begitu cepat, belum puas melayani mimpi aku terkejut disaat aku seolah-olah diingatkan subuh akan menjelang..bangunlah..astarafirullah alalzim..yeah aku terjaga dan subuh akan tiba..syukur padaMU ya Allah kerna membantu hambaMU ini.

Mimpi mia membuatkan pagi mama terasa begitu segar, sesegar embun pagi menyuburkan tumbuhan, sesinar mentari pagi menceriakan alam. Anuagerah ilahi yang tiada ternilai. Pasti arini mama akan terus tersenyum sayang.

No comments:

Popular Posts