October 22, 2010

Berdua Berduaan....Beramai-Ramai

Dekat pintu masuk

Chalet Mama Berehat
Mia sayang, ehhh...anak mama dah tengok tempat mama dengan papa jenjalan yer..cantik tak? ummm cantik dan mama suka sangat dengan keadaan disana..sebab layanan diaorang high class, best sangat dan mama ras a berbaloi la papa bayar..hahaha..papa belanja mama..tapikan Mia lagi best kalau Mia ada, sebab ada..jeng jeng..

bathtub..
bathtub..seronok kan kalau dapat main dengan Mia kat dalam bathtub ni..sure Mia tak nak keluar..kalau mama banyak duit kan Mia, mama pasti akan beli bilik ni sebab mama suka..nanti Mia doa-doakan yer mama banyak duit, boleh mama beli bilik ni, boleh mama kasi kat sesiapa yang memerlukan. Mia suka?  mama dengan papa lagi suka, sebab tu terpaksa extend lagi satu hari, gara-gara tak puas tinggal kat situ..



Kalau Mia ada, tentu tak ada gambar ni kat entry mama, tentu banyak sangat gambar Mia kat sini..tapi Mia suka tak tengok gambar-gambar ni? mama suka..ishhhh alangkah bahagianya mama sayang, andai ketika ini Mia ada dengan mama dan papa..yer la, tak adalah mama jalan berdua-dua dengan papa, bila jalan berdua-duaan mama rasa macam orang ingat mama dengan papa ni macam kekasih je..malu tau kekadang..kalau ada Mia, so bila jenjalan orang tengok ada budak kecik yang comel, mesti diaorang kata "oh dah kawin..dah married rupanya" tak adalah rasa macam malu je kan..mama dah rasa penat pulak tetiba, esok mama nak temankan papa pergi buat dialysis lagi..nanti mama upload lagi gambar yer sayang..

4 comments:

iCaLoVeZiE said...

ica baru je google chalet ni. sekali mama nurin dah pegi daaa

MaMaNuRiN said...

ica,

ekekeekek..best sgt kat sini..siap naik buggy lagi masa nak pergi bilik lepas check in..pergi lah bawak anak-anak, tentu lagi meriah.

Yasmin Nabilah.. said...

wow..bestnyer mama..cantik la tempat nih...:)

MaMaNuRiN said...

ina,

mmg cantik..tenang aje..pool dia pun cantik..nanti bawaklah nabila jenjalan kat sana..dlm bilik ada bathtub, kasi dia main kat dlm tu, mesti terjerit-jerit kesukaan..mama mcm dah terdengar2 je suara nabila seronok

Popular Posts