October 5, 2010

Tentang Mimpi Semalam

Hampir seminggu juga ni mama tak sihat dan hari ini pun still tak sihat lagi, bertambah teruk nampak gayanya. Aduhai, teruknya kalau kena sekali harung ni..selsema, batuk, demam, sakit kerongkkong kena pulak time month end..uhhhh parah dibuatnya bila kena deal dengan monthly report..

Betul, memang rasa sakit sangat badan, tapi disebabkan dah lama mama tak mencoret, jadi mama gagahkan juga jari jemari mama yang ala ala gebu ni menari-nari kejap kat keyboard comel ni untuk bercerita tentang mimpi mama..mimpi lagi..

Semalam, mama mimpi..adik lelaki mama yang berdua tu, tetiba datang rumah mama..kelam kabut je datang, selalu kalau realiti, nak datang diaorang ni call dulu almaklumlah mama kan jarang ada dirumah, mama pun tanyalah "aik..naper nak datang tak tepon dulu, nasib baik along ada kat rumah"..pastu si abang tu lak jawab.."ishh along ni, sebab hang lah kitaorang datang ni..URGENT..very the urgent" ishhhh apa lak kes bebudak ni..dalam mimpi tu mama tak panggil lagi diaorg masuk rumah hehehhehe...lupa la Mia..opsss!!

Dalam mimpi tu memang mama tak nampak pun mama buatkan adik-adik mama tu air..hahahaha mintak maap la no (dlm mimpi kan)..terus mama tanya lagi.."apa yang very the urgent ni".. ada orang nak kasi BABY kat hang along! uhhhh!!! kasi baby? biar betul mama kata kat adik-adik mama..dia kata betul..dah booking dah..siap cakap lagi, baby tu cantik sangat along..betul, memang orang tu nak kasi kat along, tu yang kitaorg kelam kabut datang bagitahu ni.."baby tu cantik sangat along"..tetiba mama terjaga! mimpi pun terhenti..tengok jam hampir pukul 4 pagi..terus tak leh tidur..

No comments:

Popular Posts