October 22, 2010

Beza Antara Ada Dan Tak Ada

Salam Sayang,

Tunggu mama ker Mia? hehehehe mama penat sangat since balik dari jenjalan dengan papa last monday sebab tu mama tak sempat nak menari-nari kat keyboard mama ni..hari ini mama balik awal, dah settle segala kerja rumah barulah mama mengadap lappy ni. Papa kesayangan Mia kan, suka sangat kasi mama membebel..bersepah dapur dikerjakan papa..aduh!! sakit hati pun ada..lastly, mama jugak yang kena kemas..mama tak marah papa tapi gerammmmmmmmm sangat.

Sayang mama nak tahu tak? ala kalau mia tak nak tahu pun, mama nak citer jugak, tak kira..Mia mesti dengar apa yang mama nak story kat Mia. Tadi masa kat office, sesambil buat kerja, mama dengan kengkawan berbual..kebetulan masing-masing kat workplace masing-masing ni, tetiba kedengaran satu suara berkata-kata "senang aje kan diaorang ni dapat anak lelaki kan" haaaaaa!! yang berkata-kata tu, kalau Mia nak tahu, auntie tu dah ada 3 orang anak yang semuanya gegirl..kitaorang diam ajelah tapi kejap ajelah Mia, sebab ada pulak kawan mama yang mempunyai  2 orang anak lelaki dan kepingin anak perempuan pun membalas " ahaa laa senang aje kan diaorg ni dapat anak perempuan" then sama-sama ketawa sebab masing-masing pun tahu, yang ada anak lelaki nak anak perempuan, ada anak perempuan nak anak lelaki..

Emmm mama pula spontan je menjawab " ahaaa senangnya diaorang mengandung" tetiba sunyi aje office..opsss rupa-rupanya kawan-kawan mama tak sangka mama nak berkata demikian..masing-masing rasa serba-salah..dah la pulak tu kat luar, dah hujan..mulanya mama tak rasa apa-apa but bila ada diantara kawan mama berkata yang mereka tak bermaksud nak kasi mama sedih, mama jadi sedih sangat tapi mama tak menangis sayang, cuma airmata aje yang bertakung..

Itulah kan sayang mama, bila dah ada apa yang orang lain tak, kita mesti nak juga yang orang lain ada..tapi yang tak ada apa-apa macam mama ni, tetap nak juga macam orang lain, tapi rezeki di tangan Allah, mama hambaNYA yang lemah, tak mampu berbuat apa-apa selain, berusaha, berdoa dan takawal padaNYA dengan harapan Allah akan kurniakan nikmat menjadi seorang MAMA lagi..

Mia sayang, jangan sedih tau, gembira lah disana, main baik-baik dengan kawan-kawan yer..mama rindu Mia..Mia juga rindu mama kan..

No comments:

Popular Posts