December 18, 2010

Tentang Semalam..Sebelum..Selepas

Dua tiga hari ni, mama sibuk dengan kerja, busy dengan papa yang selalu buat degil dia serta penat dengan situasi jalanraya dan public transport kat sini..penat sangat-sangat..rasa sesak nafas mama dibuatnya..

Mama nak cerita tentang kerja mama semalam kat opis, busy sangat sampaikan ayam panas yang mama beli masa tengahari tu pun mama baru dapat makan dekat-dekat jam 4.30 petang!! dah sejuk dah tak sedap!! gara-gara tolak ansur yang diberi sekian lama, gara-gara baik budi yang dihulur, senang-senang pula diaorg ni pijak kepala..bukan sekali tapi hampir setiap hari..cuma yang tak boleh nak tahan, benda yang sama..tengok nama, nama yang sama..mama rasakan diaorg ni cuma keje hari Jumaat, masuk opis hari jumaat tengahari je..pastu sibuk nak cepat..kejap-kejap call, tanya dah siap ke belum..boleh pulak persoalkan kenapa lambat..auw!! tak ada akal ke nak pikir, pukul brapa korang kasi..berapa banyak nak kena prepare..nak kena check dulu..karang suruh buat sendiri, tak reti pulak..ucap terima kasih pun tak ada tau!! pastu sebuk-sebuk pulak kasi phone mama berbunyi..

Semalam pun papa sakit lagi..mama dah nasihat tapi entahlah, mama pun tak tahu kenapalah papa ni tak dgr kata..degil yang memang menyakitkan hati je..konon tak nak kasi mama pot pet pot pet, papa bawak mama makan kat kedai baru..baru dapat pot baru..papa kata dia dah pernah makan kat situ last week without mama..tak bawak mama!!!jahat tau..

Papa kata, mama mesti suka tempat ni sebabnya papa kata " mama tak suka tempat yang bising-bising..tak suka tempat yang ramai orang..mama suka tempat yang ala-ala eksklusif (sempat pulak kutuk mama)..then memang betul kata papa, mama sampai je..mama dah terpesona dengan deco kedai tu..mmg tak ramai org, tak bising tong tang tong ting..ada surau boleh sembahyang magrib semalam..walaupun bukan restoran mewah, hanya restoran di shoplot, tapi mama suka sebab mmg nampak macam eksklusif..harga berpatutan..ummm kalau lah Mia ada, ni ajelah pot tempat kita lepak..nanti maktok dgn tokyah datang, mama nak ajak papa bawak diaorg makan kat sini..

Hari ni pula, mama temankan papa dialysis..macam biasa setiap Sabtu, mesti nak kena temankan almaklumlah hari lain mama kat opis..then harap-harap lepas ni, papa tak pening or tak penat sebab mama nak gi jumpa kawan-kawan sekolah rendah mama kat OneUtama tu..ummmm lama sangat tak jumpa diaorg..

2 comments:

Unknown said...

salam mamanurin..
sy x suka orang yg suka ambil kesempatan..waa..nak jumpa kawan2 lama ye? hihi..kirim salam kat diaorang k..

insan kerdil said...

dalam lengkap melengkapi....ada ketika saling mencari kekuatan....untuk saling menguatkan....sebagai tempat untuk berpaut....buat yang tersayang....daripada yang menyayangi....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah....

wallahu'alam...

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...