March 30, 2011

Harapan..Pesanan Seorang Ibu

Mama working today..hujan dipagi hari tatkala mama bangun dari tidur, sejuk dan nyaman..alhamdulillah, syukur padaMU YA Allah atas rahmat dan rezeki yang diberi. Nasib baik mama dapat MC satu hari aje, kalau tak, sure sedap aje mama tarik selimut..

Mama kena pergi office hari ni, sebab BOSS mama hari ni last day dia bekerja..BOSS mama nak pergi UMRAH awal bulan depan..so esok "aunty boss" dah start cuti..kerja mama macam biasa, kawan-kawan juga ada bertanya tentang MC mama semalam..most of all, mereka memang tahu yang mama under treatment so concern diaorg pada mama lebih sikit nampaknya..argggg mama tak nak rasa kasihan diaorang..rasa kasihan membuatkan mama rasa malu dan sedih..

Tadi sebelum balik ada meeting kejap dengan "aunty boss"..pesanan untuk kitaorang kat office..jangan nakal-nakal, buat kerja elok-elok, kalau ada problem if tak boleh nak settle sendiri, jumpa office yang lebih berkuasa etc..sessi bermaafan..uhhh!!! semua dok memandang mama! sebab? diaorg ni memang suka tau nak mengusik mama, perempuan dgn lelaki sama je nak mengusik..aduyai..parahnya perasaan..tak terucap kata-kata bila "aunty boss" tanya mama.."anything u want to say?'' huhuuuu sebak melanda hati..muka dah sure berubah..mata dah bergenang, semua orangpulak dok memandang mama..isk isk isk mama nangis lagi hari ni...suka hati betul kengkawan mama ni kalau dapat tengok mama menangis..cantik ke mama bila menangis?comel ke mama macam budak-budak menangis..argggg siap dapat kotak tisu lagi..tak sesuai tau korang..mama hanya jawab, i see you personally nanti...

Before selesai, dok salam and minta maaf semua..turn mama, mama salam peluk erat sambil doakan"aunty boss" selamat pergi dan plang dlm keadaan sihat..bila time nak minta "aunty boss" doakan disana..bibir bergerak tapi suara tiada..."auty boss" mesti tahu apa mama nak disana..she said " i will pray for you"..terima kasih boss!

As promise sebelum balik, mama pergi jumpa "aunty boss"..mula mengadap, mama dah bergenang.."aunty boss"pun sama..she hold my hand tight..and mama said "akak, please doakan saya dan suami sihat walafiat..doakan zuriat untuk saya yer kak"..saat mama menaip entryini, airmata menitis lagi..besarnya harapan mama untuk zuriat peneman hidup..insyallah, mama harap "aunty boss" akan ingat mama dan harapan mama disana..

March 29, 2011

Failed!! Please Try Again


Saat yang begitu memilukan..arini mama menangis dalam bilik doctor, depan doctor and nurse, menangis depan papa juga..terisak-isak tanpa bicara..hanya mengharap agar papa mampu membantu mama untuk berkata-kata kala doctor inginkan kepastian mama..mama ingat mama tak akan menangis depan doctor lagi tapi mama tak berjaya..


Failed..please try again..uhhh!!! everytime failed aje mama rasa macam nak stop dari berusaha tapi mama tipu je, sebab kejap aje mama rasa macam tu, lepas tu mama start lagi dengan pelbagai rancangan..mula tu rasa dah malas nak pikir pasal treatment dan segalanya, nak enjoy kala hidup masih diberi olehNYA, tapi entahlah kerinduan yang bersarang, rasa sunyi bila berdua membuatkan mama nak juga buat treatment lagi..tadi suara mama tak terkeluar bila doctor tanya apa yang mama nak buat..no idea sebab tengah menangis, mengharap agar papa berikan jawapan untuk mama, tapi papa kata kat doctor terpulang pada mama, mama nak apa..uhhh!!! still tak ada jawapan dari mama..doctor still setia menanti, masih lagi memberi pandangan dan penerangan tentang treatment-treatment yang sepatutnya..and doctor suggest mama dengan papa buat ICSI..mama masih lagi berlinangan air mata sebab mama rasa tersangatlah down..nurse masih setia menghulurkan tisu..jawapan diperlukan agar doctor mampu membuat plan untuk mama dan papa..thanks to papa sebab selalu support mama..so next month we go for ICSI yang lebih kurang procedurenya macam IVF.. terima kasih papa!!


Untuk cycle ni, setelah treatment IUI lepas yang mama dah failed, cycle ni still doctor decide untuk IUI again hope this is the last IUI and mama pregnant..ubat still tak berubah, dan doctor kasi mama DHEA punya ubat, moga kali ini lebih baik dari yang sebelumnya..malam ni dah kena start again ubat-ubat mama..demi zuriat yang mama dan papa idamkan, mama sanggup buat apa saja, mama sakit untuk itu..

March 26, 2011

March 25, 2011

Tertangkap ...

Tertangkap dgn papa bila mama..


kantoi dengan papa..papa nampak mama menangis..bertambah teruk mama menangis..bertambah laju dan lebat bila papa peluk mama..rasa seluruh kasih sayang papa jatuh pada mama..mama tak tahu papa sedih atau tidak, tapi papa peluk erat mama, papa kata jangan nangis, tak mau nangis..tapi papa tetap cool, papa tetap tak menangis..

papa peluk erat mama..lagi erat dari pic ni

Airmata di hening Jumaat


Menitik kembali airmata mama..setelah dari lunch break mama tahan..tahan dari menangis waktu mama di pejabat..andai tadi menitis air mata ini, pasti hujan akan terus lebat di Kuala Lumpur..biarlah mama menangis kat sini, menangis ketika mama menaip kata kata di blog sepi mama ini..menangis dibenarkan disini kan..

Kenapa mama menangis? agaknya sebab tangki airmata mama ni dah penuh, sebab tu airmata mama menitik, menitis dan terus menitis..rasa sedih sangat walaupun esok mama ada big dinner kat KLCC tapi rasa sedih mama ni tak nak pergi..sebab rasa sedih mama ni, bercampur aduk dengan rasa rindu mama..tak tertahan mama rasanya..papa tak tahu mama menangis sebab mama kat dalam bilik kerja papa..menyorok daripada papa nampak, nanti papa pun sedih..mama tak nak papa sedih tengok mama...


Berhentilah wahai airmata..janganlah kau menitis lagi..kuat la wahai mama, janganlah menangis lagi..tabah lah wahai hati, kuatlah wahai diri..


Hanya padaMu Ya Allah..kasihanilah hambaMu ini Ya Allah..hambaMu yang telah "kehilangan", hambaMu yang merindui anaknya..berikanlahdari sisiMu Ya Allah, zuriat-zuriat yang sihat walafiat dan sempurna sifatnya pada hambaMu yang kerdil ini sebagai sebahagian amanahMu Ya Allah..Aku bermohon padaMu Ya Allah..

Rasa Yang Berkecamuk

FRUST!!! BENGONG!! TENSION!! 



RASA  NAK JERIT KUAT-KUAT!! RASA NAK MERAUNG!! RASA SEGALA RASA!! 

MAMA TAK SUKA PERASAAN INI..MAMA BENCI!! MAMA GERAM!!!!

Pic ni lagi manis dari wajah kelat mama sekarang!!

March 13, 2011

Doctor..Sakit

Mama kat wad lagi..sakit masih lagi terasa..tadi doktor dah dtg lawat mama, mama dah mengadu tentang rasa tak selesa serta sakit mama..doktor mama yang baik hati tu kata, telur @ ovum mama yang banyak semalam, yang belum pecah, dah pecah, sebab tu mama rasa sakit sangat. Malam tadi demam, tekanan darah rendah..pastu tak boleh tidur..papa pun mama rasa tidur tak selesa sian papa..

Hari ini mama breakfast makan nasi lemak, tak tahu nak pilih menu apa dalam list diet yang hospital kasi..tadi paktam dgn paksu tepon kata nak datang tengok mama.. Tok ayah dgn maktok dari semalam dok susah hati bila dengar mama masuk hospital..ni gara gara acik dayah la bagitahu maktok..acik ni nak kena marah tau!

Rindunya nak balik rumah kita lah..memang seronok dok hospital sebab macam dok kat hotel tapi lagi best katil mama sendiri..harap-harap tak lama la mama kena dok kat hospital ni..lagi lama duduk, lagi banyak duit keluar heheheeheh..hoping segslsnys didalam perlindungan Allah

March 12, 2011

Mama warded

Mama warded!

Pagi tadi appointment dengan doctor mama, bila scan, ovum mama dah pecah satu, so doctor kata procedure IVF tak boleh buat walaupun da lagi ovum yang belum mature..so doctor tanya mama.."nak buat IUI? Terus mama kata nak..tak kisah dengan cara apa, janji mama cuba.

Jadi tengahari tadi, mama melalui proceue IUI..cramp perut dan belakang mAma..sekarang pun masih beraring je..nasib baik papa ada temankan mama..mama stop dulu ya..sakit rasanya ni..

March 10, 2011

Tangan Bengkak..Results

Mama baru aje pulang dari hospital..alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah, result scan pun nampaknya mengembirakan doktor..keputusan telah diambil..mama dan papa pilih nak buat IVF..moga semuanya diberkati dan dirahmati Allah..

Harini kena ambil darah lagi..masa kat lab, baru perasan yang tangan kiri mama bengkak..itupun lab assistant yang tegur "kak, tangan akak bengkak sikit ni"..hehehe oh ya ker? tak perasan la pulak akak..tapi tak apa kut, ambil aje kat lengan tu ya..sebab dah biasa belah situ ambik darah..kena cucuk! adoi!! sakit jugak almaklumlah tangan bengkak sikit pastu ambik darah.

Esok kena jumpa doctor lagi walaupun sebenarnya esok doktor mama terlalu busy dgn pelbagai procedures untuk patient beliau..tadi selain kena ambik darah, kena injection juga mama ni..inject kat perut..huhuuuu sakit tu, bila inject je automatik rasa cramp kat tulang belakang..esok review darah yang ambil tadi and another scan..if everythings okay, doctor will do ovum pick up (OPU) on Sunday..wish me luck my dear friends..

March 9, 2011

Esok..Keputusan

Mama tak berapa nak sihat dua tiga hari kebelakangan ini..perut tak sedap, tulang belakang pun sakit..nak kata duduk lama sangat buat kerja, tak juga tapi rasanya lama la jugak hehehee sebab mama nak clearkan meja opis mama, manalah tahu mama nak kena MC lama. Esok mama ada appointment lagi dengan doktor, dan esok juga kena buat keputusan berdasarkan result scan esok. Moga Allah permudahkan segalanya buat mama dan papa. Amin Amin Amin Ya Rabbillalamin.

March 7, 2011

Keputusan dan Pengharapan

Mama ada appointment dengan specialist mama hari ni. Hari ni saja keluar rumah lambat sebab arini mama rasa macam tak nak jadi orang pertama..sebab banyak urusan yang mama kena settlekan and mama ada appointment dengan lawyer pun lepas lunch so malas nak tunggu lama-lama sebab tu mama decide jumpa doktor around time yang sepatutnya. Selalunya kalau appointment mama jam 10 pagi pun, mama tetap akan terjengul depan klinik pakar tu seawal jam 8 pagi lagi sebab nak dapat number satu! hehehee..arini mama punyer turn number 5..tu pun masa mama sampai dah lepas 3 orang patient..kira oklah kan..siap boleh pergi sarapan lagi..

Alhamdulillah, hari ni day 8 dari first day period..so doctor review ujian darah FSH yang mama kena ambil last week..doctor kata, result darah bagus..and doctor scan mama..alhamdulillah 2 jenis ubat yang doctor beri last week begitubaik respondnya pada mama..harini mama dapat MC walaupun mama dah apply cuti..jimat cuti mama. Harini juga kena injection kat punggong mama..opssss ni bukan sensored tau, ni benar. This Thursday pula ada lagi appointment dgn doctor nak scan and decide treatment apa nak buat..IUI or IVF.

Minggu ni, mesti mama jarang ada kat office, mesti banyak kerja yang terbengkalai..dah la minggu ni minggu auditor masuk..uwaaa -:( mesti kengkawan mama kat office kena jawab soalan-soalan yang tak berapa nak cerdik dari auditor hehehehe..

Mama harap, segala apa yang mama dan papa usahakan, akan Allah berkati dan permudahkan untuk mama. Mama harap, Mia tolong doakan mama kat sana..mama harap kawan-kawan mama pun doakan untuk mama sebab tiada yang lebih bererti buat mama selain dari doa yang tulus ikhlas buat mama.

March 6, 2011

Mawar Putih Untuk Mama

Mia Sayang,

Mama Tengok TV3..ada Mentor..ada Dato Sharifah Aini, ada juga peminat setia dia..nyanyi lagu yang paling mama suka, suka sangat.."Mawar Putih Untuk Mama" sampaikan kawan office mama pun call mama, suruh tengok TV3 sebab ada lagu favourite mama tu -:) yer lakan kalau kat office, mesti list lagu mama ada lagu tu..rasa macam Mia je yang nyanyikan untuk mama..

Mama rasa, lagu tu untuk mama la Mia, sebabnya Mia dah pergi jauh..jauh dari mata mama, jauh dari pelukan mama..terasa seolah-olah Mia tujukan lagu untuk mama..mama tak marah Mia pergi sebab mama tahu Mia anak yang baik..dengar lagu Mawar Putih Untuk Mama, mata mama bergenang lagi..papa buat tak tahu aje sebab karang lagi teruk mama menangis..dari dok tengok mama, agaknya papa kata baik papa layan gadjet baru..layan GPS hehehe..rindu Mia, sayang Mia..

Gambarnya..Hati Mama Duka

Mia,

Mama very-very sad! tadi tak tahu kenapa pulak mama rajin nak tengok gambar Mia kat FB mama..ada comment-comment  dari kawan-kawan mama, kata-kata semangat dari kawan-kawan mama..tetiba airmata mama bergenang..mama rindu anak mama yang mata sepet tu..rindu pipi tembam anak mama..rindu sangat..betul kata kawan mama,semua boleh berkata "sabar" semua boleh berkata "tabah" dan mama pun telah cuba sedaya upaya mama untuk berkeadaan begitu, ketawa riang mama bukanlah tanda mama tak bersedih, sedih nya mama bukanlah tandanya mama tak redha dengan dugaan dariNYA..tapi hati seorang mama..naluri mama tiada siapa yang tahu Mia..

Papa ni macam tahu aje mama tengah bersedih..tengah rindu kat Mia..papa ajak mama keluar cari makan...tapi mamadah agak dah, sebenarnya papa tu nak try GPS baru ...papa ni suka membazir, kalau mama beli yang bukan-bukan, papa marah tapi kalau papa beli tak apa..ummmm kita tengok jelah ya Mia berapa lama papa boleh tahan dengna gadjet baru dia tu..mama nak keluar ni, pi cari makan..tapi tadi memang sedih sangat..mama loved Mia..

Terapi Minda ..

Mama baru balik dari rumah makngah kat Chemor tu..pergi petang Sabtu, pagi tadi dah balik KL tapikan tak balik rumah kiter terus, papa ajak pi jenjalan kat Mid Valley...ramainya orang masa mama sampai kat Mid Valley tu, nasib baik mama terror bab mencari parking, kejap je dapat, sebab tu papa kata, papa  suka kalau ajak mama pergi jenjalan sebab papa tak payah pening kepala nak cari parking..memang ambik kesempatan kan papa ni..tapi papa kutuk mama tau..papa kata "mama ni suka tau, dah tahu nak pergi jalan, nak beli barang, suka sangat tak withdraw duit" wakakaakak..tu taktik la..bukan tak nak..kalau nanti mama keluarkan duit, sure mama kena bayar kan..ishhh ishhh mana boleh..

Mula tu nak makan kat satu tempat yang pernah keluar kat TV tu..uhhhhh tengok menu kat luar, harga seorang makan pun dah hampir RM100! lum masuk tax 6% lagi tu..cancel! tak jadi..sayang tu duit..leh makan dua tiga round..last-last gi makan Pizza Hut! sebab mama dan papa berdua aje, diaorg tak nak kasi mama meja yang besar sikit, still nak suruh mama duduk kat meja tu, tapi mama ni cerewet sikit, buat keras kepala, so mama dapatlah meja yang untuk 4 orang..hahahah terukkan mama? tak kisahlah janji mama selesa..rimas kalau nak makan meja kecik..tak muat nak letak tangan pun..uhhh ramai betul la sayang orang kat Mid Valley tu..

Mama rasa, mama dah banyak share kat Jusco tu..kalau tak masuk situ, mesti tak senang hati, tak beli dapat window shopping pun dah kira ok..hahahaha tapi mama dapat jugaklah susutkan poket papa untuk beli baju..alaaa Mia ni, bukan mama beli yang mahal, murah je tau. Kemudian pergi tengok PC Expo kat tingkat paling atas tu..wow!! lagi berduyun-duyun orang, siap dengan bawak anak-anak kecil..siap dgn stroller..sian je mama tengok budak-budak tu Mia, dah lah panas, berhimpit, bersesak..ishhh mak dengan ayah diaorg tak kesiankan ke kat anak-anak kecil tu..papa cakap kat mama " kalau papa, papa tak nak dan tak akan bawak anak papa kat tempat macam ni, bersesak-sesak, panas..kalau nak datang jugak, papa masuk dalam, mama jaga baby kat luar" tapi tak mentioned lah kat mana "luar" tu kan..kalau "luar" tu tempat makan, mama suka sangat hehehehehe..

Esok mama ada appointment dengan gyane mama lagi..so arini kira terapi minda untuk mama relaks..Mia, doakan mama kat sana tau! jangan dok main sampai lupa mama kat sini, nanti mama"babab"baru tau..wow!!  tak sabar nak jumpa doktor, hoping semuanya okay..penat dah telan ubat..esok doktor kata nak scan mama,pastu nak kasi injection punya dos pulak..cost? tak tahu lagi..huhuuuu..papa, readykan duit yer!

March 5, 2011

Macam Kuat Tapi Sebenarnya Tidak

Hati tetiba jadi sayu dan pilu..mama kat rumah sorang-sorang, papa tak ada..papa pergi buat dialysis..tengahri nanti papa balik, mama dengan papa nak pergi rumah makngah kat Chemor..tak balik Taiping tau sayang sebab weekend je. Nanti yer mama pergi rumah Mia bila mama ambik cuti panjang nanti..

Kenapa mama sedih? tadi mama baca blog kawan mama..mama suka baca kawan-kawan mama punyer blog, sebab blog-blog mereka banyak memberikan mama kekuatan..tapi harini mama memang rasa sedih sangat ketika mama membaca blog mereka..penuh dengan pengharapan, pengertian, kesabaran dan kesakitan..sama seperti mama..tapi mungkinkah mama mempunyai kesabaran dan ketabahan seperti mereka?

Bila lihat papa tak sihat, bila lihat papa asyik kena ulang alik dialisis, hati mama sakit..bukan sakit sebab mama rasa susah, tapi hati mama sakit sebab tengok papa sakit..tak sampai hati..belum lagi bila tetiba papa mengadu papa sakit dada..airmata mama tak pernah kering walaupun mama rajin menangis..mama harap, Allah akan sentiasa memberkati apa jua yang mama dan papa lakukan..

March 2, 2011

Kesan Ubat

Sayang,

Hari ni kiranya adalah hari kedua mama kena telan ubat yang 2 jenis tu..badan pun rasa tak sedap, perut mama macam senak je..uhhh kat opis pun, mama  hanya membuat kerja, nak berbicara pula macam tak ada daya dan tenaga., tambahan semalam mama MC, tak ada siapa pun tolong settlekan balancing mama..so hari ni mama lebih kepada kerja mama,nak settlekan pelbagai report yang due datenya every month adalah pada 4th. day tapi disebabkan mama ni bukan BOSS, so kenalah mama bertungkus lumus menyudahkan report-report tu, daily recon, monthly recon..uhhhhhh..berpinar bijik mata tengok angka-angka ni, kalau tengok Mia, lagi best kan.

Kepala mama ni dah rasa berat sangat, mungkin kesan dari makan ubat tadi kut. Lepas bercerita dengan Mia ni, mama nak tidur. Esok mama nak call specialist mama, nak tanya pasal ubat yang mama makan ni..mama sayang Mia tau..rindu Mia juga.

Salam sayang dari mama..

Mama Cuba Lagi

Harini mama MC tau Mia, mama tak pergi office. Mama period semalam, uhhhh hancur lagi angan-angan mama..malam tadi heavy jugak period mama tak macam selalu..mama ok, Mia jangan risau, dok sana baik-baik, doakan mama dengan papa tau..

Bila tak kerja, tak pergi office, mama dengan papa pergi DEMC @ Shah Alam sebab arini ada appointment dengan gynae specialist mama...hampir 6 bulan selepas last treatment IVF yang mama lakukan, arini still jejak lagi tapak kaki kat situ..nasib baik mama sampai cepat, cepatlah dapat number..so jumpa doktor sembang-sembang, review balik ubat and procedure yang dah buat dulu..so doctor decide untuk IUI Procedure..macam yang mama buat dulu masa dapat pregnant kat Mia la..Mia ingat tak? doktor kata dari catatan period table yang mama berikan pada doktor, period mama normal sebab every month mama regular je..doctor kasi mama 2 jenis ubat..Clomiphene 50MG (2 tablet once a day) untuk 5 hari  dengan  Dexamethasone 0.5MG(1 tablet at night) for 1 week..pastu kena ambik darah untuk ujian FSH mama..mama serah je lengan mama untuk diambil darah, nasib baik senang pulak staff kat lab tu cari..
 
Minggu depan ada lagi appointment dengan specialist mama..uhhhh mesti nak kena scan and cucuk ubat lagi. Mama tak kisah jugak pun, huhuuu minggu depan nak apply cuti or nak MC aje yerk? jumpa doktor sure dapat MC ni..mama harap sangat kali ini treatment mama berjaya..

March 1, 2011

Mumbai @ Holiday Villa

Mia Sayang,

Tunggu mama sambung citer tentang Mumbai yer..sian dia.. Mana ada mama pergi Mumbai..tak pernah cop passport ke India nun sana tu..maafkan mama yer sebab over excited tentang Mumbai ni sampai ada kawan-kawan mama yang betul-betul ingat mama pergi Mumbai..Mumbai ni tentang gathering sekolah mama belajar dulu..tema untuk gathering ni adalah Bollywood! sure serasi dengan Mumbai kan..tu yang rasa macam mama nak pergi Mumbai tu.. mama rasa Mia pun tahu, gembiranya mama pada masa itu..

tarian yy paling meriah..siap permintaan ulangan tu!
dengan sebahagian kawan2
Meriah sangat sayang..seronok betul sebab mama jumpa cikgu-cikgu yang mengajar mama, jumpa kawan-kawan mama,jumpa seniors and juniors juga..wahhh best sangat2 tambah-tambah semuanya girls!! so boleh menari, menyanyi, peluk kengkawan mama kuat..sampai menangis..rindu sangat..berpuluh tahun tak jumpa, bila sehari suntuk gather sama-sama pun still tak puas..papa? papa rehat kat bilik hotel, saja je booking hotel walaupun rumah dekat je, tapi sebab tak nak papa penat, mama dgn papa decide dok hotel hari Jumaat tu lepas mama habis kerja..malam  tu dah start happening sebab dah jumpa seniors and kawan mama kat lobby hotel..yes!! bahang Mumbai dah terasa betul Mia..

Puan Azizah ~ Bekas Pengetua



ahahaha posing lagi 

registration

sokongan di bawah pentas

Mumbai!!!

masuk TV tu..our beloved senior!

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...