March 6, 2011

Terapi Minda ..

Mama baru balik dari rumah makngah kat Chemor tu..pergi petang Sabtu, pagi tadi dah balik KL tapikan tak balik rumah kiter terus, papa ajak pi jenjalan kat Mid Valley...ramainya orang masa mama sampai kat Mid Valley tu, nasib baik mama terror bab mencari parking, kejap je dapat, sebab tu papa kata, papa  suka kalau ajak mama pergi jenjalan sebab papa tak payah pening kepala nak cari parking..memang ambik kesempatan kan papa ni..tapi papa kutuk mama tau..papa kata "mama ni suka tau, dah tahu nak pergi jalan, nak beli barang, suka sangat tak withdraw duit" wakakaakak..tu taktik la..bukan tak nak..kalau nanti mama keluarkan duit, sure mama kena bayar kan..ishhh ishhh mana boleh..

Mula tu nak makan kat satu tempat yang pernah keluar kat TV tu..uhhhhh tengok menu kat luar, harga seorang makan pun dah hampir RM100! lum masuk tax 6% lagi tu..cancel! tak jadi..sayang tu duit..leh makan dua tiga round..last-last gi makan Pizza Hut! sebab mama dan papa berdua aje, diaorg tak nak kasi mama meja yang besar sikit, still nak suruh mama duduk kat meja tu, tapi mama ni cerewet sikit, buat keras kepala, so mama dapatlah meja yang untuk 4 orang..hahahah terukkan mama? tak kisahlah janji mama selesa..rimas kalau nak makan meja kecik..tak muat nak letak tangan pun..uhhh ramai betul la sayang orang kat Mid Valley tu..

Mama rasa, mama dah banyak share kat Jusco tu..kalau tak masuk situ, mesti tak senang hati, tak beli dapat window shopping pun dah kira ok..hahahaha tapi mama dapat jugaklah susutkan poket papa untuk beli baju..alaaa Mia ni, bukan mama beli yang mahal, murah je tau. Kemudian pergi tengok PC Expo kat tingkat paling atas tu..wow!! lagi berduyun-duyun orang, siap dengan bawak anak-anak kecil..siap dgn stroller..sian je mama tengok budak-budak tu Mia, dah lah panas, berhimpit, bersesak..ishhh mak dengan ayah diaorg tak kesiankan ke kat anak-anak kecil tu..papa cakap kat mama " kalau papa, papa tak nak dan tak akan bawak anak papa kat tempat macam ni, bersesak-sesak, panas..kalau nak datang jugak, papa masuk dalam, mama jaga baby kat luar" tapi tak mentioned lah kat mana "luar" tu kan..kalau "luar" tu tempat makan, mama suka sangat hehehehehe..

Esok mama ada appointment dengan gyane mama lagi..so arini kira terapi minda untuk mama relaks..Mia, doakan mama kat sana tau! jangan dok main sampai lupa mama kat sini, nanti mama"babab"baru tau..wow!!  tak sabar nak jumpa doktor, hoping semuanya okay..penat dah telan ubat..esok doktor kata nak scan mama,pastu nak kasi injection punya dos pulak..cost? tak tahu lagi..huhuuuu..papa, readykan duit yer!

2 comments:

ieda said...

good luck..moga cepat dapat ahli keluarga yg baru.

MaMaNuRiN said...

tqvm..amin amin amin ya rabbilalamin.

Popular Posts