March 25, 2011

Airmata di hening Jumaat


Menitik kembali airmata mama..setelah dari lunch break mama tahan..tahan dari menangis waktu mama di pejabat..andai tadi menitis air mata ini, pasti hujan akan terus lebat di Kuala Lumpur..biarlah mama menangis kat sini, menangis ketika mama menaip kata kata di blog sepi mama ini..menangis dibenarkan disini kan..

Kenapa mama menangis? agaknya sebab tangki airmata mama ni dah penuh, sebab tu airmata mama menitik, menitis dan terus menitis..rasa sedih sangat walaupun esok mama ada big dinner kat KLCC tapi rasa sedih mama ni tak nak pergi..sebab rasa sedih mama ni, bercampur aduk dengan rasa rindu mama..tak tertahan mama rasanya..papa tak tahu mama menangis sebab mama kat dalam bilik kerja papa..menyorok daripada papa nampak, nanti papa pun sedih..mama tak nak papa sedih tengok mama...


Berhentilah wahai airmata..janganlah kau menitis lagi..kuat la wahai mama, janganlah menangis lagi..tabah lah wahai hati, kuatlah wahai diri..


Hanya padaMu Ya Allah..kasihanilah hambaMu ini Ya Allah..hambaMu yang telah "kehilangan", hambaMu yang merindui anaknya..berikanlahdari sisiMu Ya Allah, zuriat-zuriat yang sihat walafiat dan sempurna sifatnya pada hambaMu yang kerdil ini sebagai sebahagian amanahMu Ya Allah..Aku bermohon padaMu Ya Allah..

1 comment:

Yasmin Nabilah.. said...

aduhai kenapa mama..mama jgn sedih2 ek.nanti nabila pujuk mama ek.

mama klu rasa nk luah rasa call ina ek..ina sedia mendengar...

Popular Posts