March 30, 2011

Harapan..Pesanan Seorang Ibu

Mama working today..hujan dipagi hari tatkala mama bangun dari tidur, sejuk dan nyaman..alhamdulillah, syukur padaMU YA Allah atas rahmat dan rezeki yang diberi. Nasib baik mama dapat MC satu hari aje, kalau tak, sure sedap aje mama tarik selimut..

Mama kena pergi office hari ni, sebab BOSS mama hari ni last day dia bekerja..BOSS mama nak pergi UMRAH awal bulan depan..so esok "aunty boss" dah start cuti..kerja mama macam biasa, kawan-kawan juga ada bertanya tentang MC mama semalam..most of all, mereka memang tahu yang mama under treatment so concern diaorg pada mama lebih sikit nampaknya..argggg mama tak nak rasa kasihan diaorang..rasa kasihan membuatkan mama rasa malu dan sedih..

Tadi sebelum balik ada meeting kejap dengan "aunty boss"..pesanan untuk kitaorang kat office..jangan nakal-nakal, buat kerja elok-elok, kalau ada problem if tak boleh nak settle sendiri, jumpa office yang lebih berkuasa etc..sessi bermaafan..uhhh!!! semua dok memandang mama! sebab? diaorg ni memang suka tau nak mengusik mama, perempuan dgn lelaki sama je nak mengusik..aduyai..parahnya perasaan..tak terucap kata-kata bila "aunty boss" tanya mama.."anything u want to say?'' huhuuuu sebak melanda hati..muka dah sure berubah..mata dah bergenang, semua orangpulak dok memandang mama..isk isk isk mama nangis lagi hari ni...suka hati betul kengkawan mama ni kalau dapat tengok mama menangis..cantik ke mama bila menangis?comel ke mama macam budak-budak menangis..argggg siap dapat kotak tisu lagi..tak sesuai tau korang..mama hanya jawab, i see you personally nanti...

Before selesai, dok salam and minta maaf semua..turn mama, mama salam peluk erat sambil doakan"aunty boss" selamat pergi dan plang dlm keadaan sihat..bila time nak minta "aunty boss" doakan disana..bibir bergerak tapi suara tiada..."auty boss" mesti tahu apa mama nak disana..she said " i will pray for you"..terima kasih boss!

As promise sebelum balik, mama pergi jumpa "aunty boss"..mula mengadap, mama dah bergenang.."aunty boss"pun sama..she hold my hand tight..and mama said "akak, please doakan saya dan suami sihat walafiat..doakan zuriat untuk saya yer kak"..saat mama menaip entryini, airmata menitis lagi..besarnya harapan mama untuk zuriat peneman hidup..insyallah, mama harap "aunty boss" akan ingat mama dan harapan mama disana..

No comments:

Popular Posts