May 7, 2011

Anak Angkat - Hari Ibu

Sejak kebelakangan ini, keinginan nak ambil anak angkat makin kuat..dulu pun memang dah terlintas nak ambil anak angkat tapi sejak akhir akhir ni, keinginan tu makin kuat, makin meronta..mungkin sebab mama dah tak buat treatment this month or sebab memang nak sangat peneman mama kat dunia ni..

Hasilnya, dua tiga hari lepas, dalam tak buat buat apa-apa waktu malam, jari jemari ni terus aje pergi kat ms.goole..mintak tolong goole carikan..and hasilnya orpahancare. Bila dah masuk web tu, terus mama register nama..and the next day, mama received email dari mereka..memberi penerangan berkaitan procedure, interview serta document yang perlu disediakan, yang perlu dibawa ketika interview..aduh! banyak tu..rasa macam lambat sangat nak settle procedure satu persatu...application kena process dulu,kena lalui first interview..kalau lepas interview pertama, akan ada lagi interview seterusnya..kena tunggu kalau ada baby..boleh tak kalau mama curi aje baby orang?

Kenapalah tak ada orang nak letak baby depan rumah mama..kenapa lah tak ada orang tanya mama "akak, nak tak baby saya?"or "akak, saya tak mampu nak jaga baby ni, boleh tolong jaga macam anak sendiri tak?" kalau ada orang tanya mama macam ni, terus mama jawab "nak nak nak..terima kasih banyak-banyak" uhhhh mesti masa tu dah menitik-nitik air mata..

Papa kata, kalau boleh dia nak jaga anak yatim or anak yang dari keluarga yang susah (tidak bermaksud yg kami ni senang)..ada tak?kalau kengkawan mama tahu, please bagitahu mama boleh? mama nak baby baru lahir sebab mama nak buat anak susuan so nanti hukum hakam lebih terjamin..argggg nak baby..esok hari ibu!

6 comments:

Noina said...

huhu.sayu ina baca luahan mama..betul..dari buang kat tong sampah baiklah buang kat umah org..dpt kat umah mama bolehlah mama jaga kan..mama teruskan la prosedur tu..mmg leceh sbb skrg kan byk kes penipuan.amik anak angkat pastu suh budak jd peminta sedekah.sian kan..takpe ina doakan segala usaha dan kesabaran mama berbalas dgn berita gembira nanti..insyaallah.berkat sabar mama pasti berhasil.Amin..

MaMaNuRiN said...

tu la ina -:( insyallah treatment teap akan mama buat tapi bukan bulan 5 dgn 6 ni sebab both, mama busy sesangat hehehehe...terima kasih ina

Lady Mira said...

mama... mira pun feel the same jugak... rasa sgt2 the same thing :(

nuyin2u said...

itulah yg saya rasa , 2006 - 2007 yg lalu..alhamdulillah Allah bagi sorang dari langit. 2 minggu kemudian, Allah beri dari perut sendiri..jadila thn 2007 itu anak 1 + 1..besarkan kuasa Allah..semoga mamanurin mengecapi keindahan itu tak lama lagi..

MommyAqil said...

Semoga pencarian Mama berhasil k..Setuju dengan papa's opinion..ambil ank yatim or anak org susah..dapat pahala berganda..dan Mommy pon setuju dengan Mama,ambil baby yang baru lahir n buat proses susu badan,dah tentu halal buat kita after kenyang 5 kali..Semoga berjaya Mama..kami doakan yang terbaik buat mama..

Anonymous said...

salam...de keluarga yang susah terpaksa bagi baby pada orang.sekarang dah 7 bulan.klu akk berminat akk email sy black_cherrycrystal81@yahoo.com salam..

Popular Posts