July 3, 2011

Andai Dia Anakku

Mia sayang,

Semalam Sabtu, ada majlis akad nikah anak sedara papa. Mia mesti tak kenal sebab masa Mia sakit and masa papa sedang sibuk sibuk menguruskan mama dengan Mia, tak ada siapa pun sedara dari belah papa yang datang tengok mama or papa even masa tu kita kat hospital area Shah Alam, kesian papa..mama ni jenis ingat semua yangorang lakukan kat mama dgn papa, jadi Mia jangan sedih sebab maktok, tok ayah serta adik beradik mama ada ketika mama serta papa dan Mia memerlukan mereka..

Mia, ni mama nak cerita tentang majlis pernikahan semalam..pengantin lelaki adalah anak sedara papa dari kakak sulong papa..yang ni second last dari adik beradik..janji dengan pengantin perempuan dan tok kadi lepas zohor nak akad nikah kat masjid di Klang..so dalam kul 1 petang sedara mara ni berserta pengantin lelaki menuju lah ke masjid tu..bila sampai je, aikkk mama cakap kat papa macam kosong je masjid ni, tak nampak pun bayang pengantin perempuan dgn family pun..mama dok dalam keter lagi sebab mama dilarang masuk dalam masjid.(kan mama period)..tok kadi dah ada, rombongan kami pengantin lelaki pun dah sampai..bila call tanya, boleh pulak pengantin perempuan tu kata lepas Asar! auww!! menyiraplah darah mama, papa jadi mangsa dgr mama membebel..dekat 2 jam kena tunggu pengantin perempuan sampai wlpun rumah dgn masjid tu tak sampai 5 minit jalan kaki, Mia boleh bayangkan tak perasaan kami yang menunggu ni, dengan tok kadi dah mula tazkirah pengantin perempuan wlpun pengantin tu tak ada kat situ,sian Tok Kadi tu, dah ler belum makan..kalau lah pengantin lelaki tu anak mama, mama dah batalkan pernikahan tu sebab janji tak ditepati, boleh main main pulak dengan maruah keluarga, klu dah kata lepas zohor nikah, sah sah lepas zohor lah, yang dok kata lepas Asar apasal lak! siap Tok Kadi pulak yang tunggu, supposed pengantin tunggu tok kadi!siap papa cakap, "patutlah bertunang tiga kali putus, mungkin sebab tak tepati janjilah ni, dok main-main".. mama dah ler dengan demam and batuk teruk, papa tu pulak bukannya sihat sangat. Pantang mama kalau bermain dengan masa..lepas nikah, papa dengan mama terus pergi Shah Alam, pi makan rumah adik mama yang baru  kawin tu, lega! hilang marah kami kejap. Tak ada mood nak ikut family lain pergi makan rumah pengantin.

Harini kenduri besar belah perempuan, kedatangan rombongan lelaki tak bersambut, si anak sedara yang jadi pengantin ni pun sama, dah tak hirau family yang dok ikut ni..kat pelamin tu mak adam je yang sibuk nak interframe..siap kena sound dgn papa lagi ahaks!! pastu family yang ramai ni dok lah berdiri macam apa lagi sebabnya tak ada siapa yang ajak makan, tak ada family dari pihak perempuan yang jemput family kami makan..sian makcik pakcik yang tua2 ni..mama yang memang tak suka dgn situasi ala ala macam apa nikan, terus suruh diaorg makan, pedulikan pengantin dengan mak andam yg tengah syok sendiri tu,tak ingat ker wahai anak sedara maksu, mak ayah awak tu tak sihat, makan pun tak ada orang jemput, jangan dah kawin lupa mak bapak siap! mama dengan papa langsung tak makan, cuma minum air je nak hilangkan rasa haus. First time kena macam ni, kenduri kawin anak sedara sendiri pulak tu.

Mia sayang, mama pegang baby tadi, mama culik dari kakak sepupu Mia, ialah belah papa,ramai sepupu yang besar dan berkahwin, kira baby yang mama "culik" tadi tu pangkatnya dengan mama adalah nenek sedara / cucu sedara..muda lagi mama dah jadi nenek. Mama bawak naik keter papa..Mia tak marah kan? mama tengok papa pun suka. Nilah yang mama mintak kat mak dia masa dia lahir, mama nak jaga sebab dia ramai adik beradik tapi mak dia kasi nenek ayah dia jaga..merajuk tau mama masa tu..andai dia Mia, tentu seronok..andai dia anak-anak mama, tentu meriah kereta mama..

Yang hisap puting tu cucu sedara jugak tapi ibu (anak sedara) dah meninggal

No comments:

Popular Posts