July 6, 2011

Hantar Papa..Rumah Pengasuh

This Saturday until Sunday, mama kena pergi team building kat Port Dickson. Uhhh kena tinggalkan papa sensorang, mulanya papa nak ikut tapi tak jadi, kebetulan pula minggu ni juga, anak sedara papa kawin -:). papa ajelah yang jadi orang kuat.

Masa lunch break tadi mama call maktok, Mia nak tahu tak maktok tanya apa kat mama?

mak tok : abah kata along nak kena pergi teambuilding (malam kelmarin sms tok ayah bagitahu) betul ker? pergi mana? berapa hari? (satu nafas dua tiga soalan kan mak tok ni)

mama    : a'ahh ada team building kat Port Dickson, pergi hari sabtu pepagi balik ari ahad.

mak tok : sharif (papa) ikut tak?

mama     : tak

mak tok : abis tu sharif hantar mana? (dengan nada risau tak terhingga)

mama    : hantar rumah pengasuh or nurseri (opsss spontan giler mama jawab, dengan ketawa gelihati) 

maktok : *ketawa jugak*

Ishhh macam mana leh boleh terkeluar jawapan macam tu yerk Mia, mak tok dengan tok ayah risaukan papa la tu sebab condition papa kan tak berapa nak bagus lagi, selalu kalau ada mama, kalau papa tetiba sakit, mama ada untuk jadi doctor papa, ni nak pergi teambuilding ni mak tok dgn tok ayah dan susah hati, silap haribulan naik darah tok ayah tu, risaukan papa..

Siap kena gelak lagi kat opis tadi pasal jawapan spontan mama tu, tadi papaambik mama dari opis,terus cerita kat papa, wakakaak papa ketawakan mama lagi..ummmm mama sebenarnya susah hati jugak nak tinggalkan papa sensorang kat rumah..tak apalah, nanti mama pasang body guard untuk jaga papa..mintak tolong paksu Mia lah datang temankan papa..tak lah risau sangat.


1 comment:

honeylily said...

mamanurin, suke la dgn lay out baru ni...comey sangat..

Popular Posts