July 17, 2011

Breakfast, Urutan, Jumpa Kembali

Harini mama breakfast makan lontong lagi,  tapi kali ni bukan kat Warung Pak Abu yang semalam tu ,kali ni papa bwk pergi breakfast kat TTDI Jaya. Nampak gayanya, mama lagi suka makan lontong kat warung Pak  Abu sebab, nasi himpit dia lembut sgt, puas betul makan semalam..tapi papa dah cakap, kalau mama suka makan kat warung PakAbu tu, papa ikut je, janji makan habis heheheeh..

Kemudian mama pergi Pasar Tani berdekatan Giant Seksyen 13 Shah Alam, berpeluh jugak berjalan kat situ, lum abis lagi lorong-lorong pasar tu ditereka, papa buat hal nak pergi toilet pulak.Arggg siap boleh cakap lagi, kita pergi toilet pastu kalau mama nak sambung jalan tak apalah. Ishhh tak kuasa mama, dah ler susah nak dapat parking, leh pulak nak suruh sambung..papa drive pergi Petronas untuk letak share kat situ, then pergi rumah adik mama kat Seksyen 15 kejap..

Mama pergi One Utama, Damansara pulak lepas tu..kat new wing ada pertandingan cheerleaders! wah so colourful. Lama juga mama dgn papa menjadi penonton..sedar tak sedar hampir 4 jam lebih kami kat situ. Cadang nak balik tapi singgah pulak Giant Kota Damansara pula. Beli barang dapur sikit, makan sambil sembang-sembang. Kaki mama dah rasa penat, pastu dah nampak group orang buta buat urutan kaki, mam singgah la kejap..mula nak urut kaki 30 minit je tapi sebab rasa best, mama jadikan 1 jam! urutan tapak kaki, betis sampailah leher, bahu dan kepala..fuh!!! lega sangat, sedap betul adik tu buat urutan, sambil urut sambil berbual, Allah itu Maha Berkuasa, Dia ambil salah satu nikmat dari kita hambanya, tapi Dia berikan keistimewaan yang lain, begitu juga dengan adik yang buat urutan pada kaki mama, dia bukan blind yang sepenuhnya, kala mama bertanya "adik boleh nampak ker kalau jauh? " adik tu kata, nampak samar-samar je kak, saya tahu apa caler baju yang dipakai tapi saya tak nampak wajah orang tu sebab memang samar sangat. Ada yang guna kanta pembesar untuk menaip sms kat handphone. Moga mereka senantiasa dalam rahmat Allah..minggu depan nak pergi lagi!

Sampai rumah dalam kul 6.30 petang, bayangkan mama keluar rumah 8.30 pagi, petang baru sampai rumah ahaks, nasib baik harini papa kuat, tak mengadu sakit dada. Terus iron baju untuk seminggupunyer kerja, pastu cari surat nikah mama! kali ni papa pun  tolong carikan tapi akhirnya mama sendiri yang jumpa..memang betul, tempat yang selalu simpan, peti besi cokelat mama! mama dah cari tempat yang sama semalam tapi entah kenapa mama tak nampak..ummm maybe sebab terlindung dek buku merah mama masa pregnant Mia kut, terlindung dek gambar-gambar scan perut mama masa Mia kat dalam dulu. Sekarang mama dah lega sebab mamatak perlu risau nak cari lagi.

4 comments:

yummy mummy said...

mama..warung pak abu tu kat mana...nak pegi lah nnt

Mamanurin said...

mummy tinggal kat mana?

from -> bandar baru sungai buloh -> paya jaras -> traffic light -> belah kanan sekolah teknik/vokasional sg.buloh --->jejambat utk budak sekolah/motor menyeberang --->traffic light (belah kiri akan nampak building Honda besar ---> lepas sikit traffic belah kanan ada warung separa batu dan papan..yg tu lah warung pak abu..ada nasi lemak, roti canai and paling sedap lontong.

insyallah sabtu mama pergi, mama snap pic dia yer

yummy mummy said...

rasa macam tau kedai tu..betul2 tepi jalan kan..mummy tinggal kat saujana utama..

kalau sempat boleh pegi sabtu ni jugak

Mamanurin said...

a'ahh betul betul tepi jalam mummy..opssss!!! saujana utama? yeahhhhh kita sekapal..mama pun dok situ gak..

Popular Posts