Mama baru aje pulang dari hospital..alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah, result scan pun nampaknya mengembirakan doktor..keputusan telah diambil..mama dan papa pilih nak buat IVF..moga semuanya diberkati dan dirahmati Allah..
Harini kena ambil darah lagi..masa kat lab, baru perasan yang tangan kiri mama bengkak..itupun lab assistant yang tegur "kak, tangan akak bengkak sikit ni"..hehehe oh ya ker? tak perasan la pulak akak..tapi tak apa kut, ambil aje kat lengan tu ya..sebab dah biasa belah situ ambik darah..kena cucuk! adoi!! sakit jugak almaklumlah tangan bengkak sikit pastu ambik darah.
Esok kena jumpa doctor lagi walaupun sebenarnya esok doktor mama terlalu busy dgn pelbagai procedures untuk patient beliau..tadi selain kena ambik darah, kena injection juga mama ni..inject kat perut..huhuuuu sakit tu, bila inject je automatik rasa cramp kat tulang belakang..esok review darah yang ambil tadi and another scan..if everythings okay, doctor will do ovum pick up (OPU) on Sunday..wish me luck my dear friends..
3 comments:
Amin.moga urusan mama dipermudahkan..:)
all the best mama!
Semoga berjaya mama.doa kami sentiasa untuk mama.
Post a Comment