April 9, 2011

IUI Lagi..

Pagi tadi mama ada dating dengan doctor mama..nampak gayanya, mama masih tak dapat buat IVF sebab ada satu telur mama dah pecah, so doktor decide untuk IUI sahaja..mama tak kisah dah IUI or IVF sebab mama hanya mampu berusaha, menyuntik diri dengan ubat, menelan ubat dan sebagainya, dengan satu harapan lambat laun Allah pasti akan tolong mama..

Sambil doctor terangkan pada mama dan papa tentang ketebalan dinding rahim mama, tentang hormon dalam badan mama, mama dah berkira-kira, apa yang doctor nak buat mama rela, mama tak peduli apa orang nak kata, sebab mama dan papa tak pernah guna duit dioarg pun..kalau nak dikira-kira segala cost yang telah dikeluarkan selama ini, mama dah boleh dapat sebuah rumah lagi, tapi itu tak bernilai berbanding zuriat yang mama tunggu..mama tak kisah..

Doktor kata kat mama, tiup follopian mama dua-dua belah okay, tak ada yang tersumbat, tak ada penyakit endo pun, dan doctor yakin yang mama boleh mengandung, cuma doktor tak nak mama putus asa dalam berusaha..bila sampai kat ayat doktor tu, hati mama jadi sebak..teringat peristiwa semalam bilamana mama rasa terhina! sambil pandang papa, bibir terketar-ketar nak bersuara..airmata menitis..tapi papa pula yang mula bersuara "dia ni (mama la tu) preasure lebih doctor, takut tengok" ishhh mama pulak salah..lagi la cepat menangis mama tadi bila dengar papa kata macam tu..tapi dengan suara antara dengar dgn tidak, mama cakap kat doctor, "semalam saya rasa terhina sebab ada orang kata, anak saya anak tabung uji!" menangis lagi mama kat dalam bilik doktor..tak ada dah rasa malu kat doctor dengan nurse..

Doctor mama pandai handle mama..doctor kata "tak apa, Monday kiter buat IUI pagi, jangan tension-tension, kita kena berusaha, saya tahu awak boleh mengandung, insyallah selagi ada usaha, kita pasti berjaya..keluar dari bilik doctor, mama rasa ramai yang perasan tentang muka menangis mama yang tak comel ni..ummm tak ada rasa nak malu pun, sebab bila nangis, mama rasa lega sikit..

Esok nak gi main basikal dengan papa kat Bukit Cahaya Sri Alam (Bukit Cerakah)..hari Isnin pula, mama dah nak buat IUI. Moga Allah masih lagi memberkati usaha mama.

7 comments:

Eyzamiel said...

mama..
pedulikan cakap2 orang yang x duduk kat tempat kita.. diaorg tak faham dan x nak memahami perasaan kita...
good luck mama utk iui... insyaAllah.. ade rezeki nanti.. takmo sedih2...

Yasmin Nabilah.. said...

Amin.Amin..Amin..moga usaha mama diberkati..

papaYA said...

Amin..
Mendoakan awak semoga berjaya..

*hugs*
-Yaya

Mamanurin said...

eyza, ina and yaya,

"Big Hugs" for u all...

terima kasih, insyallah, mama dah berusaha, selebihnya hanyalah pada Allah, berserah pada DIA aje.

Fika Ashikin said...

mama..fika doakan iui kali ni berjaya..fika pon nak buat iui jugak ni..hrp2 berjaya..mama jgn putus asa hokey!! :)

*hug*

Lady Mira said...

mama! saya pun IUI isnin ni... risau sangat... sampai xleh nk tido mlm td. Harap kita leh sama2 conceive! Ameen

Mamanurin said...

lady, mama tak risau cuma nak tunggu result tu yang tak tahan tu, leh buat TENSION hehehheh..good luck, moga kita berjaya yer lady.

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...