April 27, 2011

Gelodak Perasaan

Musnah harapan..berkecai impian
Semalaman menangisi angan-angan
Membiarkan airmata membasahi lengan
Mengundang mimpi yang tidak kesampaian
Pagi mama tiada bersuara
Hanya kedengaran radio kereta
Mama melayan perasaan
Papa juga tiada berkata
Harapan dan impian
Menggunungnya tinggi
Kejayaan dan kegagalan
Meninggalkan kesan dihati

Pahitnya rasa
Bila diri dicurigai
Sakitnya luka
Bila pengorbanan diri
Jadi umpatan hati
Wahai teman, bukan sahabat
Mengertilah hati seorang ibu
Fahamilah gelodak seorang wanita
Ini bukan yang diingini
Ia adalah dugaan Yang Esa

No comments:

Popular Posts