May 14, 2011

Tentang Anak..

Ingat lagikan entry mama semenjak dua menjak ni sibuk mencari anak angkat kan? ummmm kawan mama kata ada orang tengah nak cari orang yang sanggup ambik anak dia sebagai anak angkat..best kan dengar? mama nak mama nak!! tapi baby ni baby yang tak sah taraf, meaning baby ni adalah hasil daripada hubungan diluar perkahwinan or nikah..ouch!!! sakit kan dengar bunyi tu..opss! baby ni belum lahir lagi,  insyallah akan lair penghujung bulan 6 or awal bulan 7! mak baby ni student U and family dia kat kampung nun, tak tahu tentang kehamilan dia seperti yang kawan mama ceritakan..adoi!! ishhh tak leh lah mama nakgambarkan perasaan family budak perempuan ni kalau diaorg tahu perkara macam ni..terfikir jugak mama, dia tak pernah balik kampung ker?

Mama soal siasat jugaklah kawan mama ni kan..kiranya cerita tentang budak perempuan tu, kawan dia yang tanyakan, kiranya kawan mama macam orang tengah la kan..kawan mama kata, baby tu dari scan, nampak macam boy, senangkan bila nak kawin? tak remeh sangat..tapi yang mama macma tak sedap nak dengar, budak perempuan tu kata, nak bersalin kat private..tak tahu la pula private hospital or private clinic..kenapa yerk tak nak bersalin kat hospital kerajaan? susah ke kalau gadis yang tiada ikatan perkahwinan yang sah, pregnant luar nikah nak bersalin kat hospital kerajaan? kena tangkap ker nanti diaorg? macam mana pulak dengan birth certificate baby? huhuuuu dah nampak kan macam mana susah nak handle perkara macam ni..arggg tak suka tak suka..

Bila mama cerita pada papa, penat pula nak menjawab..dah abis idea nak menjawab hehehehe..mama ni memang nak sangat tapi papa entah lah, kejap macam nak, kejap macam tak nak..adoi!! kengkawan blog, kalau ada yang nak kasi baby, kasi kat mama yer heheheh..

7 comments:

A*nY said...

Takpe mama Nurin,
pelan-pelan,
PK bebaik dulu, =)

Lady Mira said...

ntah la mama... bila yg tak saraf ni.. payah skit in future. mmg baby tu tak berdosa... tp on kita punya part, if baby tu buat salah... mesti kita akan salahkan mak dia... for me, better ambik anak yatim or yg mmg kita tak tau latar belakangnya...

Noina said...

Ada susah, ada senangnya mama..

Klu budak tu lelaki, sok2 dah besar mmg senang dia nak kawin. Tak yah cari wali semua bagai..Klu perempuan leceh sket la..

Ina penah tgk ada sorang perempuan ngandung anak luar nikah. dia dah nak bersalin.kebetulan time tu ina mmg tgh sakit nak bersalinkan Nabila. Dorang nurse2 kecoh kat bilik menunggu tu sebab perempuan tu takde wat check up kat klinik. Takde buku merah. malu budak perempuan tu bila nurse2 hospital gov ni dok bising2. Dah le budah tu tgh sakit..huhu..

Mamanurin said...

ina,

tu la kan ina, kesiankan baby aje, dia tak berdosa, tapi keadaan yang memaksa dia lahir ke dunia..actually mmg lah susah kan kalau tak ada rekod check up, klu jadi apa2 sure nurse dgn hospital kena marah..

mira,

tu la mira, mmg baby tu tak berdosa, kesiankan kat baby tu nanti.Memang banyak masalah nanti,mama tahu sebab nak buat birth certificate lagi sah sah memang nak surat nikah mak bapak kan, takkan nak kasi kita punyer, lagi satu hal la pulak nak kena kasi kiter punyer..akan datang lagi penuh dengan masalah...huhuuu papa pun diamaje so mama pun tak la beria-ia nak hehehe..yes sure memang tengah dok cari anak yatim or org susah, tapi babylah kan senang nak kasi susu badan

Mrsboxz said...

MamaNurin, kalau anak tksah taraf mmg ssh nk lahir di hospital gomen.sbb gomen nk surat nikah parents semasa nk rekod kelahiran tu.kalo tiada,doc kena laporkan kpd polis.mcmtu lah prosedurnya,mmg standard.sy tahu sbb dlu masa sy admit,ada sorang tu serang Doc sbb paksa Doc approvedkan pengesahan kelahiran anak dia sbg sah taraf.Kesian Doc tu....

MummyAya said...

salams kak...kalau bersalin anak x sah taraf ni,better di private.doc atau hospital x kan mintak ape2 dokumen pun.cuma ic si ibu.itu sahaja.lain2 setel kat jpn jer.baby tu x berdosa.dia x tau apa2.x salah pon kalau bela dr dia dibuang merata rata.

Mamanurin said...

Mummyaya,

Yer la baby tu tak berdosa dan mmg tak salah klu nak bela ..insyallah..moga allah beri petunjuk pada kami

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...