January 16, 2009

Mimpiku bertamu

Mimpiku bertamu lagi..bersama kedinginan malam, aku mimpikan Mia lagi. Rindu kah dia pada mamanya? Alangkah bahagianya andai tika dan saat ini aku dapat mendengar dan melayani kata-katanya,sepetah kah dia seperti cousinnya?

Alhamdulillah, mimpi malam tadi seolah-olah pengubat kerinduan ku padanya. Gembiranya dia berlari-larian, bergelak ketawa tanpa rasa penat. Tentu dia gembira "disana" dan nak share rasa gembira dan bahagia dia dengan aku. Ya sayang, mama tahu, baby kecil mama sangat gembira dan bahagia..

Mimpi yang bertamu di kala rindu singgah menyapa diri, membuatkan jaga ku terasa begitu cepat, belum puas melayani mimpi aku terkejut disaat aku seolah-olah diingatkan subuh akan menjelang..bangunlah..astarafirullah alalzim..yeah aku terjaga dan subuh akan tiba..syukur padaMU ya Allah kerna membantu hambaMU ini.

Mimpi mia membuatkan pagi mama terasa begitu segar, sesegar embun pagi menyuburkan tumbuhan, sesinar mentari pagi menceriakan alam. Anuagerah ilahi yang tiada ternilai. Pasti arini mama akan terus tersenyum sayang.

January 15, 2009

Bahagia Menjelma Kembali

Aduhai semalam, penatnya tak terhingga. Rasa macam nak menangis pun ada. Terlalu banyak kerja di pejabat, dari pagi sampai lah ke petang..ummm bukan petang je, sampai time aku nak balik, baru 3 kali aku pergi ke toilet..hampeh!!! dah la aircond sejuk giler, boleh beku badan di buatnya, tu pun aku dah plaster tempat aircond keluar, kalau tak sure tak sampai 5 minit aku dah mati keras hahahahaha.

Penat kerja semalam membuatkan tidur aku tak selesa. Ingatkan nak buat breakfast untuk pagi ni siap kunci jam lagi tapi jam berbunyi, aku aje yang tak bangun. So both of us kena lah beli breakfast kat office masing-masing.

Hari ni aku rasa macam nak relaks kan diri je, sebab tu pepagi ni aku berbicara tanpa suara kat sini. Terasa penat betul badan ni. Mata pun macam tak bermaya, pepagi lagi kesejukan aircond mencengkam tulang hitam aku ni.

Alhamdulillah, silent mode telah berakhir hehehehhe..seperti biasa, aku lah yang kena beralah dan lupakan ego aku ni. Tak seronok betul kalau silent mode ni terjadi, bosan sesangat. Lain lah kalau dalam rumah tu ada ramai orang..kalau dalam rumah macam rumah aku tu tinggal berdua je..ya allah, sunyi giler...

Bila silent mode dah berakhir, pasti rumah aku akan jadi seperti sediakala..jadi macam shopping complex..pasar tani..pasar malam..aku pun tak tanya pada hubby kenapa dia silent mode dengan aku sebab aku pasti tak akan dapat jawapannya jadi aku buat tak endah aje walaupun ego aku ni tercalar sikit. .hahahaa arini aku baru ambil duit belanja dari hubby, masa silent mode aku tak ambil..yerla silent mode, karang kena gelakkan.

Perut dah lapar ni..nak membelanjakan wang pemberian suami ni..apa yerk nak shopping pepagi ni kat belakang office yer?? jom gi survey

January 11, 2009

Silent Mode II

Relevankah aku untuk terus mendiamkan diri, membawa hati yang luka? Silent mode masih terus berjalan, dia masih melakukan segalanya seperti selalu, namun terus diam membisu. Aku pula masih terus begini, melayani hati tanpa mahu berbicara.

Mendung diluar seumpama hati ku yang mendung sekian lama..hujan yang bakal turun seumpama airmata ku yang hampir kering. Mengapa aku tidak memulakan bicara? Oh tidak..bukan aku yang bersalah dah bukan aku yang memulakan silent mode ini. Aku masih tercari-cari punca silent mode ini berlaku dan aku gagal.

Alangkah seronoknya, jika hari ini masih ada sikecil untuk menemani aku, ketawa riang bersama..berkejaran..aduh! mengapa hati ini masih belum lagi dapat menerima kehilangannya. Bersama angin yang bertiup di iringi titis titis hujan, aku terus melayani perasaan. Sampai bilakah silent mode ini akan berakhir aku tidak pasti.

January 10, 2009

Silent Mode - Relevankah aku

Segalanya masih basah dalam ingatan kerana masih rasa terkilan belum sempat untuk menyatakan sesuatu. Semakin aku berlari, semakin ia mengejar ku. Semakin kuat aku ingin melupakan, semakin kuat rasa rindu ini.

Malam kian gelap dan sunyi, aku masih mengurung diri didalam kamar sepi ini. Hati di sayat rindu pada arwah Mia. Terdetik hati ni..senyumlah mama kerana senyuman adalah penawar jiwa..ketawalah mama kerana ketawa adalah pengubat segala duka. Bagaimana harus mama melupakan sedangkan masih terasa-rasa buah hati mama di depan mata.

Hujan di luar membangkitkan rasa kedamaian..ingin rasanya aku berlari bermain airnya..membasahkan diri mententeramkan hati. Entah mengapa, hubby ku mendiamkan diri..adakah bicara ku telah mengecilkan hatinya? Bagaimana ia terjadi? Terjadi begitu saja...tiba-tiba dia silent mode dengan aku. Sedih hati tapi aku mendiamkan diri. Ego kah aku? atau dia sebenarnya ego?

Entah mengapa, aku rasa aku semakin jauh darinya..tiada gurauan..tiada kalimah sayang dikala dia melancarkan silent mode dengan aku. Kenapa aku biarkan keadaan menjadi begini. Malas untuk berbicara kerna aku masih dalam kesedihan dan dia seolah-olah melarikan diri dari kesedihan yang sama. Aku tersingkir dari berkongsi perasaan sedih itu.

Di kala keseorangan dan kesedihan, hati bertambah sakit mengenangkan apa yang berlaku di bumi Palestin. Ya allah, besarnya dugaanMU pada mereka. Kasihan anak-anak yang masih kecil, hati aku rasa tersiksa..sedih menyelubungi hati..bersatu bersama rasa rindu pada Mia. Ingin aku berkongsi rasa dengan ibu ibu di bumi Palestin... ingin aku berkongsi kata dan derita..kerna aku telah melalui satu frasa kehilangan.

January 9, 2009

Manusia Itu selalu diuji

Aku seumpama layang-layang yang kehilangan arah..cuba mencari tiupan angin dan akhirnya aku tersangkut pada tangkai kerinduan..rindu yang amat sangat. Namun aku berusaha memujuk diri bahawa kita sebagai manusia sentiasa di uji..setiap manusia di uji Pencipta iaitu Allah sebagai tanda kasih dan sayangNYA pada kita makhlukNya.

Aku bawa diri yang sepi dan hati yang penuh kerinduan ke pejabat, melarikan diri dari rindu dan kesedihan yang melanda, aku kuatkan diri, cekal kan hati untuk tidak berfikir dan untuk tidak mengingati kepahitan yang aku lalui..aku menyibukkan diri walaupun sebenarnya hari ini, tiada kerja yang boleh dilaksanakan di office..aku menjadi terlalu penat..jadi terlalu sesak dan satu ketika aku terasa seolah-olah aku akan tumbang..aku ingatkan diri yang aku perlu kuat, kalau aku tumbang di office, tentu keadaan akan jadi huru hara dan yang paling penting mesti hubby ku akan bertambah risau.

Disaat ini, aku terasa ingin pulang ke pangkuan keluarga..berada di antara mereka..mak, abah, adik2 dan anak sedara yang bertiga..rindunyaaa..terasa ingin memeluk mereka dan meluahkan segala yang terbuku dan terpendam di hati..aku ingin mereka tahu, aku yang kelihatan tabah menerima segala duagaan sebenarnya adalah seoang yang TERLALU LEMAH..

Hati dan perasaan kebelakangan ini menjadi lebih sensitive..aku ingin lari..lari dari segalanya tapi kemana harus aku melarikan diri?Mia.. saat ini, mama benar-benar berharap anak mama ada disamping mama..menemani mama yang keseorangan..papa? entah..mama pun tak tahu kenapa mama merajuk..or papa ker yang merajuk dgn mama sayang?

Ya allah, bantulah hambaMU ini..sesungguhnya manusia itu selalu diuji..bantulah kami melalui segala ujianMU dengan penuh sabar dan beriman. Bimbinglah kami, agar kami sentiasa mengingatiMU ya allah dikala kami susah dan senang.

Amin

January 7, 2009

Aku Pasrah

Baru balik dari jumpa doctor..isk isk isk baru nampak doctor, aku dah nangis, sedih giler..Umppphhh aku gagal. Hampa dan sedih sangat dengan keputusan BETA HCG aku. Terisak-isak aku menangis dalam bilik doktor dan dia pun macam sedih juga tengok aku..but his so gentleman, dia kasi tisu kat aku..hahaha dalam aku sedih, aku rasa bangga jugak sebab gyne aku macma tu.

Punah satu harapan dan aku kembali menganyam harapan lain moga suatu hari nanti harapan itu akan menjadi kejayaan buat aku. Rasa hati? Arggg ingin ku marah tapi pada siapa? tiada siapa yang bersalah..ingin ku menangis, tiada lagi airmata yang ingin menjadi kaca..ingin ku menjerit, tiada suara yang kedengaran, ingin ku ketawa riang untuk apa?

Aku begitu cemburu pada sesiapa yang mempunyai anak-anak yang ramai..salah kah untuk aku mencemburui mereka? Terasa mahu ku cilok salah seorang antara mereka kedalam perut ku..ya allah, kuatkan iman ku ini ya allah..tabahkan lah hati ini..kuatkan semangat ku ini..

Pasrahku padaMU ya allah..ada yang tersurat dalam tersirat. Pasti ada yang terbaik untuk ku dariMU ya allah.

Aku berserah padaMU

Entah kenapa, sehari dua ni aku sensitif sangat..cepat betul aku
menangis. Mungkinkah kerana sunyi..sedih or sebab aku takut? I need
to talk..but i can't..

Bersama juraian airmata, aku terus mengisi hari ini dengan menaip kata kata bisu
ini dengan hasrat untuk meluahkan segala yang terpendam di hati..beratnya ya allah dugaanMU pada ku..

Ya allah, hanya ENGKAU yang tahu mengapa aku di duga begini berat..kerna ENGKAU yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMU ini..berikanlah hambaMU ini ya allah, kekuatan iman dan ketabahan untuk mengharungi dugaan ini..

Ya allah, terima kasih kerana mengurniakan kepada hambaMU ini, suami yang sentiasa di sisi, keluarga yang menyayangi dan juga sahabat-sahabat yang sentiasa memberikan semangat untuk aku terus berjuang..

Saat untuk berjumpa doktor semakin hampir, ya allah, kuatkan semangatku yang allah.

Tak kan ku perpaling dariMU

Semalam aku tertidur bertemankan airmata..airmata kerinduan..airmata keinsafan dan airmata yang aku pun tak tahu kenapa..terisak-isak aku nangis..hubby cuma mampu memujuk, walaupun dia sendiri tahu dia tak mampu untuk memujuk.

Terasa betapa kerdil aku sebagai hambaNYA..aku memujuk hati yang berduka lara, melawan kerinduan agar aku mampu terus melangkah dan melangkah ke depan untuk mencari satu kebahagiaan..kebahagiaan yang kekal selamanya.

Alhamdulillah, syukur aku padaMU ya allah kerna memberikan pada hambaMU yang lemah ini, seorang suami yang tabah dan kuat untuk membimbingku dan bersama menongkah arus kehidupan dengan penuh sabar.

Syukur aku pada MU ya allah, kerna menjadikan hambaMU ini seorang ibu..walaupun untuk seketika namun aku bersyukur atas kurniaanMU padaku ..hadiah dari SYURGA..betapa indahnya meniti hari-hari bahagia dikala detik menginjak masa diwaktu awal kehamilan..indahnya saat itu.Masih terasa insan teristimewa berada didlm kandungan..bergerak-gerak..aku sunggu merindui saat itu..dikala ku lihat degupan jantungmu di skrin monior..betapa agungnya kuasaMU ya allah..

Aku hambaMU yang lemah, masih lagi cuba untuk menjadi seorang yg sabar, kuat dan tabah..bantulah hambaMU ini ya allah..berilah hambaMU kenikmatan seorang ibu.

January 6, 2009

Kerinduan

Sayu pilu berlagu dihati, ingin ku luahkan namun apakan daya
hati menjerit ingin berkata..tapi apakan daya, tiada suara
ingin ku terbang riang umpama burung dipagi hari tapi tidak ku mampu untuk melebarkan sayap kerna aku umpama pungguk yang rindukan bulan..tapi aku bukan pungguk..

Aku hanyalah seorang ibu yang merindui kehadiran zuriat untuk disayangi..semua orang berkata, aku ni kuat dan cukup tabah untuk mengharungi pahit satu KEHILANGAN kerna itu allah kurniakan aku dugaan ini..cukup kuat kah aku?? Argggg terasa ingin menjerit tapi apakan daya, jeritan jugak tidak kedengaran..ada yang terbuku untuk diluahkan tapi aku tetap gagal untuk melaksanakanya.

Kehilangan membuatkan aku seolah menjadi perindu yang setia. Hati seorang ibu tidak dapat menandingi perasaan yang lain, aku sanggup sakit demi anak ku..tapi apakan daya, allah tahu yang terbaik untuk dia..

Dikala ini, aku tetap menjadi penunggu setia..menunggu kehadiran zuriat-zuriat ku.Moga disatu saat dan ketikanya, aku tidak perlu lagi menjadi seorang perindu.

Missed MIa

Hari ini tetiba aku jadi sayu sangat..
malam tadi aku bleeding..same as this morning but my doctor
off hari ni so tomoorow baru dapat jumpa..

Hoping tak ada apa2 yang berlaku..and mama rindu sangat pada Mia..i'm crying dear.
Entah kenapa terlalu sayu sangat rasa hati mama ni..tadi kawan mama tepon, mama
tak dapat tahan rasa sedih mama sayang..rindunya..

Papa gi keje, tinggal mama sorang kat rumah..and i'm still bleeding sayang..takutnya mama, sian mama, lepas Mia "pergi" mama tinggal dengan papa je, tak ada kawan lain kat rumah ni..

January 3, 2009

Kari ikan tongkol

Fuhh sedapnya makan..nasi panas bersama dgn kari ikan tongkol dah sayur tumis..walaupun makan berdua je tapi, sedap giler sebabnya hujan masih turun di luar tu..kira memang layan giler betul la lunch ni..tambahan pula hubby yang masak, memang terangkat lah pinggan tu hahahaha..

Pasni petang karang, kalau dapat makan cokodok pisang lagi sedap, lawan pulak dgn kopi or teh panas, memang kaw kaw kaw..

Ishhh awal tahun dah gebang pasal makan..alamatnya kalau gi gym tuuu tetap tak turunlah berat badan ni..belum lagi start keje kalau dah start keje...hampehhh!! lagi la tak leh nak diet hehehehe..

Hujan

Pagi yang indah..pagi sabtu..disulami hujan renyai renyai membuatkan mata
dan badan ni rasa nak tidur kembali hahahah..nasib baik dah bangun, kalau
tak, mahu tak breakfast aku arini.

Malam tadi aku tidur lewat, layan TV hahahah sebab hubby aku dah tidur dulu so, tak adalah orang nak berebut TV dengan aku..walaupun TV ada dua tapi mesti nak berebut jugak..

Harini hubby kata, dia nak masak..so maknanya aku dok diam ler kan hahaha..layan pc je lah jawabnya ni.Tadi doktor call, appointment aku kena tukar date lain lak, sebab doktor tak ada clinic pulak so maknanya, hari isnin aku kena pegi jumpa dia la..tercepat 1 hari..tak apalah, lagipun dah lama giler aku tak masuk opis ni..rasa rindu giler kat kengkawan ni..

Ya allah, berilah kami rezeki yang melimpah ruah..zuriat-zuriat yang sihat walafiat dan kesihatan yang baik..doa dan harapna moga isnin ini mebawa lebih keberkatan dan kegembiraan bagi kami..aminnn

January 2, 2009

New Year 2009

Fuhhhh..another year coming
Selamat Tahun Baru islam and happy new year 2009.
Just liked tahun tahun yang dah lepas, both of us tak kuar pun umah..
aku tengok hubby, hubby tengok aku..pastu masing masing tengok TV hahahah..
kira aku ni baik la, tak tegedik gedik nak tengok bunga api, kalau tak mahu teruk hubby aku ni kena layan..

Harapan dan doa aku, moga tahun ini lebih banyak keberkatan dan rezeki buat
kami walaupun kegawatan melanda dunia..tu yang aku hairan ni..minyak dah turun,
tapi harga makanan, fuhhh kuih sebesar 2 inci pun masih dijual 40 sen..gila apa..hahaha tu kat belakang opis aku la..pagi pagi..tapi kalau lunch hour lagi
la teruk..kekadang rasa berbaloi makan kat Secret Recipe tu or Mcdonald dari
beli kat belakang..beli dah siap bungkus or what, AKADNYA pulak tak ada.."saya beli..pakcik@makcik jual yer..lebih kurang halal"..hampeh tak ada..bila tanya naper mahal, ikan tak ada susah nak dapat;ah macam-macam..
tapi apa nak buat, kalau dah beli kena makan, kena redha..mungkin tu rezeki kita.

Dah lama tak masuk opis ni..alomost 2 weeks ni..mahu pc aku tu merajuk..ada lah nanti aku masuk opis, bebudak IT nak kena layan aku dari pagi sampai ke petang..
bergegar opis tu hahahah..

Macam nak makan mee rebus laaa..ummphhh sedapnya kalau dapat makan mee rebus mak buat..aduisss jauh ler pulak nak balik kampung..kalalu mak dok area ni, mahu malam ni jugak aku pegi hahahaha

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...