January 15, 2009

Bahagia Menjelma Kembali

Aduhai semalam, penatnya tak terhingga. Rasa macam nak menangis pun ada. Terlalu banyak kerja di pejabat, dari pagi sampai lah ke petang..ummm bukan petang je, sampai time aku nak balik, baru 3 kali aku pergi ke toilet..hampeh!!! dah la aircond sejuk giler, boleh beku badan di buatnya, tu pun aku dah plaster tempat aircond keluar, kalau tak sure tak sampai 5 minit aku dah mati keras hahahahaha.

Penat kerja semalam membuatkan tidur aku tak selesa. Ingatkan nak buat breakfast untuk pagi ni siap kunci jam lagi tapi jam berbunyi, aku aje yang tak bangun. So both of us kena lah beli breakfast kat office masing-masing.

Hari ni aku rasa macam nak relaks kan diri je, sebab tu pepagi ni aku berbicara tanpa suara kat sini. Terasa penat betul badan ni. Mata pun macam tak bermaya, pepagi lagi kesejukan aircond mencengkam tulang hitam aku ni.

Alhamdulillah, silent mode telah berakhir hehehehhe..seperti biasa, aku lah yang kena beralah dan lupakan ego aku ni. Tak seronok betul kalau silent mode ni terjadi, bosan sesangat. Lain lah kalau dalam rumah tu ada ramai orang..kalau dalam rumah macam rumah aku tu tinggal berdua je..ya allah, sunyi giler...

Bila silent mode dah berakhir, pasti rumah aku akan jadi seperti sediakala..jadi macam shopping complex..pasar tani..pasar malam..aku pun tak tanya pada hubby kenapa dia silent mode dengan aku sebab aku pasti tak akan dapat jawapannya jadi aku buat tak endah aje walaupun ego aku ni tercalar sikit. .hahahaa arini aku baru ambil duit belanja dari hubby, masa silent mode aku tak ambil..yerla silent mode, karang kena gelakkan.

Perut dah lapar ni..nak membelanjakan wang pemberian suami ni..apa yerk nak shopping pepagi ni kat belakang office yer?? jom gi survey

No comments:

Popular Posts