January 7, 2009

Aku Pasrah

Baru balik dari jumpa doctor..isk isk isk baru nampak doctor, aku dah nangis, sedih giler..Umppphhh aku gagal. Hampa dan sedih sangat dengan keputusan BETA HCG aku. Terisak-isak aku menangis dalam bilik doktor dan dia pun macam sedih juga tengok aku..but his so gentleman, dia kasi tisu kat aku..hahaha dalam aku sedih, aku rasa bangga jugak sebab gyne aku macma tu.

Punah satu harapan dan aku kembali menganyam harapan lain moga suatu hari nanti harapan itu akan menjadi kejayaan buat aku. Rasa hati? Arggg ingin ku marah tapi pada siapa? tiada siapa yang bersalah..ingin ku menangis, tiada lagi airmata yang ingin menjadi kaca..ingin ku menjerit, tiada suara yang kedengaran, ingin ku ketawa riang untuk apa?

Aku begitu cemburu pada sesiapa yang mempunyai anak-anak yang ramai..salah kah untuk aku mencemburui mereka? Terasa mahu ku cilok salah seorang antara mereka kedalam perut ku..ya allah, kuatkan iman ku ini ya allah..tabahkan lah hati ini..kuatkan semangat ku ini..

Pasrahku padaMU ya allah..ada yang tersurat dalam tersirat. Pasti ada yang terbaik untuk ku dariMU ya allah.

5 comments:

Anonymous said...

Harap Loving Memories kuatkan hati dan terus tabah..

Yummy Yum said...

just ym me if u need someone to talk...because i really understand the feeling, i've gone tru the situation twice..insyallah...akan ada rezeki tu untuk kita nanti...jangan putus harapan..

Anonymous said...

sedih baca kisah mamanurin. walaupun saya tak penah lalui IVF lagi, I've gone through 3 IUI yang mana semua fail. Plan nak buuat IVF lepas ni, tapi kena prepare mentally and physically dulu.

Apa2 pun mamanurin, kuatkan semangat ye :)

Yummy Yum said...
This comment has been removed by the author.
Yummy Yum said...

dulu aku selalu pikir kenapa orang lain senang sangat dapat anak, tapi aku susah sangat, tapi bila aku dah jumpa orang yang senasib ngan aku, barulah hati aku lega skit, rupanya bukan aku sorang yang macam ni dan bersyukurlah dengan apa yang ada kat kita dan sentiasa berusaha untuk dapatkan apa yang kita nak...bila kita fikir kita susah, ada orang lain lagi susah dari kita..kita ni ada jugak jalan nak dapat anak walaupun susah, ada orang tu aku jumpa memang tak leh langsung dapat anak..so sentiasa bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang Tuhan beri kat kita..

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...