November 7, 2010

Jagalah Anak Sebelum Kehilangan

Buat semua yang mama sayang,

Hari ini, mama dengan papa keluar lagi. Mesti hairan kan sebab mama jarang ada kat rumah bila hujung minggu..bukan tak nak dok rehat kat rumah tapi tak bestlah berdua aje kat rumah, kalau kat rumah tu ramai orang, baru best..

Opsss mama sebenarnya nak cerita tentang mama pergi jenjalan kat Ikea, tak merancang pun nak beli barang kat situ, tapi terbeli jugak..but this is not the story hehehe..mama nak cerita tentang kejadian kat Ikano..mama tengah jenjalan dengan papa, pastu ada one family depan mama..tetiba ada little girl menangis kuat..sambil lari-lari..mama dengan family depan mama pandang antara satu sama lain..kita orang pun stop..tengok lagi budak tu menangis..mama dah kecut perut sambil dlm hati berkata, janganlah budak ni hilang mak..hilang family..kaki dah nak melangkah pergi kat budak perempuan yang tengah menangis tu..nak bertanya kenapa, ala ala busy body sikit..tak pun nak bawak pergi kaunter INFO..
Still lagi menangis budak tu, mata mama dengan "akak" yang depan mama melilau-lilau mencari kelibat kut kut ternampak mak bapak budak tu ..ummm macam tak ada respond..kesian nya mama tengok budak tu. menangis teresak-esak, tetiba ada sorang perempuan pegi kat budak tu..perempuan yang mama pandang asyik membelek baju tanpa rasa belas, tak menghiraukan budak perempuan yang menangis tu...terus dia tarik budak tu..ummmm mama rasa mesti mak budak perempuan tu..satu perkara yang mama memang cukup marah sangat, anak dibiarkan menangis, si ibu sibuk memilih pakaian, tak ingat anak langsung, sanggup dibiarkan anak kat public yang sesak-sesak tu, karang dibawak lari, siapa yang susah..tak sayang ke anak? nakal macam mana pun, tak dengar kata macam mana pun si anak tu, tolong lah jangan dibiarkan anak menangis keseorangan tanpa perhatian, kalau tak nak susah, tinggalkan aje kat rumah..eeee mama takut lah dengan kes kehilangan anak-anak ni..sakit tau rasa!!! mama cakap dengan papa, "eeeeee rasa nak luku luku je mak budak tu" uhhhh!!! KEKADANG ADA ORANG KATA "ORANG YG TAK ADA ANAK" MEMANG SENANG BERKATA..CUBA ADA ANAK!!! Isshhh statement panas tu..just pikir lah balik..andai anda sayang kan anak, anda tidak akan membiarkan anak anda dalam situasi yang macam tu!!

1 comment:

iCaLoVeZiE said...

ica memang tak malu menjerit marah kalau kakak suka-suka jalan sendiri. hasil penjeritan tu dan juga cerita-cerita yang disampaikan jika berani jalan sendiri, sekarang insyirah nak pegi toilet pun kalau boleh nak suruh mama teman.

lagi satu rumah taman. mak ayah cekal hati lepaskan anak kecil jalan sana sini naik basikal. insyirah biar jadi org jakun. naik basikal depan rumah je. dekat car park. tak mau menyesal kemudian hari.

insyaallah, akan saya jaga anak-anak sebaik mungkin. Kerana sekelip mata kita leka, macam2 boleh jadi.

Popular Posts