November 22, 2010

Kenduri..Balik Kampung..Banglo Mia

Weekend lepas, mama dgn papabalik kampung dgn paktam Mia...best sangat Mia..memang tak sabar-sabar mama nak balik rumah maktok tu..sebab rumah mak tok, ada ramai orang..ada maktok dgn tok ayah, ada paksu, ada acik, ada makteh..ada kakak aqilah..ada adik iman..ada jiran tetangga..uhhh meriah betul..

Mama sampai je depan pagar, kakak aqilah dah sedia menunggu dengan berbaju kurung, bertocang 2..ala ala tomei betui dengan mata sepetnya..terloncat-loncat  aje bila tengok mama dengan papa sampai..ekekeke malu malu kucing pun ada..kelakar la kakak aqilah tu..terus teringat.."andai Mia ada, tentu perangai pun macam ni"..

Alhamdulillah juga, mama dapat pergi rumah Mia..ziarah rumah Mia..mama rasa tenang sangat..rasa rindu makin kuat..rasa nak pluk je tiang rumah banglo Mia tu..oh! jiran Mia dah tukar umah baru jugak yer..ummmm mesti mama dgn papa dia baru tukar kan..yer la,umah Mia baru, mesti mak ayah dia tak nak a ak dia sedihkan sebab tu ditukarkan tiang rumah dia..

Kenduri pun penat juga la Mia..penat makan..tapi mama mana lah makan daging korban ni..tak boleh makan, rasa kesian sangat..fobia dari kecik..dulu kan mama suka tengok orang korbankan lembu..tapi bila sekali tengok, nampak lembu tu mengalirkan airmata,, terus mama sedih..sampai sekarang mmg mama tak makan daging korban..pelik ke mama ni?

2 comments:

Yasmin Nabilah.. said...

huhu..ina plak mmg takut nak tgk lembu kena sembelih..takut rasa kesian pulak..huhu..

Mia mesti seronok mama datang tgk dia kan..

MaMaNuRiN said...

hehehehesekarang pun mama tak tengok kalau org sembelih..

a'ahhh rasa rasanya, dia seronok sgt kut almaklumlah, lama jugak mama dengan papa ia tak pergi "umah"..harapkan tokayah je yang pergi ziarah and bersihkan apa yang patut..rasa mcm terloncat-loncat riak jugaklah dia tu ekeekk

Popular Posts