November 2, 2010

Papa Masak

Aikk!!! naper anak mama macam jeles je tengok title entry mama ni..hahaha ya betul, papa masak tengahari untuk mama semalam..semalam kebetulan office mama ada buat makan-makan, biasalah Mia, department yang memang suka makan so mmglah  selalu keadaan macam tu..

Sebelum tengahari, papa tepon sambil berkata "mama, papa masak kurma ayam, mama nak tak?" ishhh tak kan mama nak kata, mama tak nak kan, nanti papa kecik hati walaupun tengahari tu jugak, lunch mmg dah provided..nasi beriani lagi!! so mama pun jawab, "ok tak kisah but naper papa ni rajin sangat..mama kata lagi, papa masak kurma ayam je kan.." alamak Mia..bukan kurma ayam aje papa goreng sayur campur dgn masak nasi untuk mama!!! bukan hanya untuk mama makan, sekali dengan kawan-kawan mama pun dapat makan. Bertakung airmata mama ni Mia, biasalah kan mama Mia kan memang suka sangat nak nangis..entah masa tu tak tahu nak rasa apa..gembira, sedih, kesian..argggg tak tahu la mama..mungkin  terharu kut..mama dah jadi bahan dah bila mama bagitahu yang papa nak hantar makanan.

Alhamdulillah, sedapnya kurma ayam papa, licin abis mama makan dengna kengkawan..Mia tentu bangga dengan papa kan..mama lagi lah bangga sebab ada kengkawan mama kata, "ishhh kalau husband kita, nak ajak lunch sekali pun tak nak, inikan nak tolong masak siap hantar office lagi"..bestnya kalau saat ini, Mia ada boleh tolong tepuk tangan untuk papa.

No comments:

Popular Posts