November 6, 2010

Tentang Lagu..Birthday..

Salam,

Maafkan mama yer Mia sebab minggu ni, mama dengan papa tak balik kampung pergi lawat rumah Mia walaupun cuti panjang. Papa ni yang suruh mama pilih, nak balik minggu ni ker or nak balik raya haji..arggg mama memang tak suka tau kalau disuruh buat pilihan sebab mama nak balik kedua-duanya..dah mama tarik muncung panjang..sedihnya..

Semalam kan Mia, masa on the way nak balik rumah lepas dinner, kat radio kereta papa tetiba ada keluar satu lagu...mama suka sangat lagu tu, bila dengar je lagu tu, mama teringat kat Mia, teringat segala-galanya ketika mama bersama Mia, sebelum Mia pergi..arggg merambu rambu airmata dalam kereta malam tadi..papa diam je, tak berkata apa pun, lagi lah tak berani papa nak tukar siaran radio tu..

Mama rasa rindu sangat kat Mia, kebetulan arini birthday anak kawan Mama..dah cukup dia tiga tahun macam Mia..tadi mama sms kawan mama wishes kan gegirl tu..ummm Auntie Su kata, diaorg nak pergi Pangkor..bestnya kan Mia kalau kita dapat macam Auntie Su dengan Mila kan? Mama ingat hari ni mama nak ajak papa pergi dok tepi pantai tunggu matahari terbenam..

No comments:

Popular Posts