April 1, 2011

Bila Hati Berbicara...Inilah Rasanya


Mama rindu..entah kenapa mama merindui anak sulong mama, entah mengapa bila rasa rindu itu menyesak kalbu, airmata tetap tidak mampu melenyapkan segala yang terbuku..peritnya perasaan..peritnya hati..peritnya rasa sebak yang perlu disimpan jauh..sesak nafas sempit saluran hidung cuba menahan diri dari menangis, menangis kerana merindui, merindui rahmat Allah, merindui anak mama yang telah pergi..saat ini, hanya Allah yang tahu perasaan mama..

Mama rindu Mia, sayang Mia tapi mama juga perlukan adik Mia..supaya mama dengan papa tak rasa sunyi, supaya mama dengan papa dapat jaga adik Mia seperti mana yang mama dengan papa angan-angankan dulu ketika mama pregnant kan Mia..mama nak melalui pengalaman maktok mengasuh, menjaga mama hingga sekarang, mama nak sangat..mama nak merasai segalanya Mia..dulu mama ingat, mama dapat tangkap gambar mia macam ni..


tapi takdir Allah, dan ketidakmampuan mama sebagai hambaNYA yang lemah, benar-benar membuatkan mama rasa kekosongan..mama harap dengan rahmat dariNYa,dengan kasih sayangNYA pada mama, mama akan ada adik Mia, mama akan dapat menjalankan tanggungjawab mama sebagai seorang isteri kepada papa dan ibu kepada Mia dan adik-adik Mia..Amin Amin, moga malaikat aminkan doa mama yer..

Mia, bangga tak dengan mama? malu tau mama kalau Mia tak bangga dengan mama..mama masih teruskan usaha mama untuk mendapatkan adik Mia..mama nak sangat..sebab mama tak puas peluk Mia, bila mama ada adik Mia, tentu bila mama peluk adik, mesti mama rasa peluk Mia juga..rasa rindu ini boleh membawa mati..mati itu pasti..moga-moga Allah permudahkan untuk mama dan papa segalanya.


Minggu depan, hari Selasa, mama ada lagi appointment dengan doktor..mama nak adik supaya mama boleh kongsi rindu mama pada Mia dengan adik-adik, supaya mama boleh kongsi rasa kasih dan sayang mama pada Mia dengan adik-adik, supaya mama boleeh berkongsi cerita tentang Mia dengan adik-adik..supaya mama boleh tunjukkan gambar Mia yang macam papa **orang kata** kat adik-adik..mama nak nanti bukan hanya mama dan papa yang sedekahkah hadiah dari Al-Quran untuk Mia tapi ada adik-adik juga..

4 comments:

ICAZIESYIRA said...

semoga impian menjadi kenyataan. Ica doakan. Insyaallah. Cuma perlu kuat, sabar dan tabah.

Mayyonnizz said...

sabarlah mama..

mmg ade hikmah mama belum dikurniakan lagi cahaya mata...percayalah...

Fysa Ismail said...

semoga akk n adk mia sht slalu...

NrlAidaHml said...

sabar ye Mama..we all pon sgt tak sabr if Mia akn dapat adik..Saat yg sgt2 dinantikan..Semoga Allah akan perkenankan doa mama dan Mama jgn lupa utk terus berdoa ye Mama..

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...