November 25, 2010

Tentang 3 Tahun Lepas..Tegar Kah Mama

Hari ini cuaca begitu dingin...dingin yang tak dapat mama luahkan..aduh!! hati tetiba jadi sayu sangat ketika ini. Airmata bertakung,rasa macamnak menangis, tapi mama takut nanti papa marah mama..sebak yang mama tahan dari office tadi serasa mahu di hamburkan begitu saja..
Tadi kat office, mama tetiba teringat tentang 3 tahun yang lepas "baby dah tak ada..she's passed away" words yang mama hantarkan sms pada teman rapat dan rakan sekerja mama yang mana sebelum ini, begitu gembira dengan kelahiran Mia..anak mama...itulah wording yang mama sendiri taipkan..mama sendiri ucapkan..tegar kah mama ketika itu?
Saat mama mencoret rasa sayu tentang cerita 3 tahun yang lepas, tentang Mia..terasa sangat perasaan yang membengkak..perasaan yang terluka..terbayang-bayang riak wajah mereka yang turut simpati..terimbau saat tangan mama dan papa sendiri yang memandikan tubuh kecil Mia..terbau bau lagi wangi badan Mia..terlintas-lintas bibir sexy Mia yang senyum..tak tergambar betapa comel dan cantiknya anak mama bila disarungkan kain putih sebagai pakaian Mia..cantiknya anak mama!!
Saat mama teringatkan anak mama yang tak sempat mama manjakan..peluk puas-puas, cium kuat-kuat, acik call mama..acik mengadu pasal mak teh...mak teh pukul kakak aqilah dengan adik iman..mak teh ni, kalau datang angin tak betul, mcm tulah..tak tahu apa yang tak kena, anak-anak jadi sasaran..mama sedih sangat..Mia jangan risau yer..mama dah msg mak teh, mama kata "kalau nak lepas geram pasal org lain, tolong jgn lepas kat budak2 tu..mmg arr diaorg anak ko, tapi diaorg jugak anak sedara aku, tapi kalau nakpukul jugak, pukul la sampai mati,,senang sikit hidup ko tu..tak pun kalau tak nak bela, kasi aku je bela" ummmm kejam ke mama bila mama cakap macam tu kat makteh Mia? sedihnya mama..rasa nak balik kampung, ambik kakak aqilah dengan adik iman sekarang jugak..
Makteh tak rasa tentang sakitnya bila anak tak ada..tak pernah rasa dan rasanya tak akan tahu perasaan mama yang kehilangan Mia, tak akan dan tak pernah akan tahu, rasa sakit kehilangan, rasa sakit terluka dan rasa sakit tentang rasa bersalah yang mama terpaksa harungi..ya Mia, setengah berkata, itu takdir Allah,memang takdir Allah dan mama redha, cuma perasaan bersalah pada Mia memang sukar untuk mama hapuskan..sampai sekarang mama masih lagi mencari punca kenapa, apa yang mama telah buat..adakah mama tak menjaga Mia dengna elok masa Mia dalam perut mama..memang sukar untuk ditafsirkan perasaan sendiri..jadi mama tak nak perasaan yang mama alami akan ada orang lain yang alami terutama keluarga kita kan Mia? Mia, malam ni, Mia muncul la dalam mimpi kakak Aqilah dengan adik Iman..Mia pujuk mereka ya..uhhhh mama marah betui dgn makteh ni..

Mia, 3 tahun yang lepas, mama tak tegar..sampai sekarang mama masih merindui Mia..

7 comments:

ICAZIESYIRA said...

pukul anak ok. mengajar namanya. Tapi kalau belasah anak, bodoh namanya.

Yasmin Nabilah.. said...

mama, bergenang air mata ni baca coretan mama.Nampak kerinduan mama pada Mia. Betul..bila terasa kehilangan barulah kita sedar org tu sebenarnya sangat penting buat kita.Sayang nya kita pada dia. Sabar yek Mama..Ina sentiasa doakan mama sentiasa dimurahkan rezeki dan permudahkan jalan mama..

Mamanurin said...

ica, tu la pasal..makteh Mia kalau angin baik,, mmg baiklah tapi klu angin tak baik, mama rasa mamcam nakpukul dia pulak..geram..

ina, ummmmm a'ahh rindu sangat ni..rasa macam ada batu menghempap..insyallah this feeling will be smooth slowly..terima kasih ya ina..

NrlAidaHml said...

ouhhh..sedihnya mama..mommy pon rasa macam nak menitis air mata ni bile baca rindu yg tak tertanggung..Ya Allah tabahkanlah hati mama Mia ni Ya Allah..

Bile baca ni,mommy rasa ter insaf sendiri..muhasabah diri dan akan lebih-lebih-lebih menyayangi anak sendri sementra masih milik kita..Bile dah takde nanti,mesti kesal yg tak sudah-sudah!!
Mama sabar banyak-banyak yer..

Mrsboxz said...

mamanurin,ayat ni plg sesuai diberi kpd makteh :-- Bila Rasaku Ini Rasamu,Sanggupkah Engkau Menahan Sakitnya?..rasa rindu,sebak,terkilan,tersayat,bersalah mmg sentiasa ada...ttp kekal sptmana rindunya kita kpd bidadari2 kecil kita itu...AL-FATIHAH

witri said...

mama...
bengkak tekak n pilu hati ni bila mengenangkan kerinduan mama pd mia...sy pernah merasai bila berusaha utk mendptkan seorg zuriat...tp mama masih lg diuji Ilahi dgn pemergiaan mia...moga Allah mengurniakan mama zuriat didunia ni...amin.

al-fatihah, mia.

Min said...

moga terus tabah ye mama Mia!

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...