Sedar tak sedar, dah sampai hujung tahun. Rasa macam baru sahaja melayari kehidupan di awal January, sedar tak sedar December juga menginjak hari, January menjelma kurang dari 4 jam lagi. Hampir setahun berlalu, pelbagai rasa, pelbagai kenangan melingkari mama dan papa.
Setahun juga bertambah dalam mama melayari bahtera kehidupan mama bersama papa, antara rasa gembira, rasa bahagia, rasa terluka mahupun rasa duka, banyak mengajar mama untuk lebih dekat padaNYA, mengajar mama bersyukur atas segala rahmat yang mama perolehi, Melayari kehidupan berdua-duaan dengan papa alhamdulillah mama rasa sangat bahagia walaupun jauh dalam hati, mama selalu berharap dan berdoa, agar rezeki mama dan papa lebih murah dengan kehadiran permata hati.
Bersama 2011, papa seringkali tak sihat, bergelumang dengan tahap kesihatan papa yang tidak menentu, benar-benar membuatkan hati mama selalu tersentak, selalu kelam kabut dan selalu berharap ada orang lain dalam rumah mama untuk mama jadi lebih kuat kala papa tiba-tiba sakit. Namun, syukur sangat-sangat pada Allah sebab kerna DIA mama jadi lebih kuat dan tabah, mama jadi lebih cool walaupun selalu airmata mama mengalir bila papa sakit dan mama tak tahu nak buat macam mana. Melayani tahap kedegilan seorang lelaki kekadang benar-benar membuatkan mama sebagai seorang wanita rasa tercabar, marah dan sakit hati. Namun, mama sangat menghargai lelaki itu, sebab dia kawan mama, sahabat, teman dan suami mama, yang mama boleh berkongsi segala rasa walaupun lelaki itu selalu sorokkan perasaan dia pada mama terutama bila mama dalam duka. Lelaki itu juga papa yang terbaik untuk anak mama, arwah mia dan juga papa yang sangat caring insyallah buat adik-adik Mia.
Setahun juga mama dan papa berusaha dengan pelbagai treatment moden dan traditional agar mama berjaya menambah bilangan ahli dalam rumah mama, tapi andai itu belum diizinkan Allah, mama tetap kena teruskan usaha mama, tetap kena berdoa. Kadangkala kegagalan membuatkan mama rasa sangat perit, sangat terluka. Bila berjaya, dugaan lain menimpa, namun itulah kehendakNYA, andai telah ditetapkan ia bukan rezeki mama dan papa, ia tetap pergi jua. Moga tahun mendatang, Allah kurniakan mama rezeki yang lebih istimewa. Amin Ya Rabillalamin.
Berkongsi kegembiraan serta kebahagian dengan keluarga yang besar sangat besar ertinya buat mama, keriuhan serta kenakalan anak-anak sedara membuatkan mama dan papa rasa kebahagian itu milik kami berdua, walaupun kekadang terasa hati sebab kena angin tak nak baik dengan maklong diaorg ni, sure ada ayat popular yang keluar dari bibir mungil diaorang "tak nak kawan maklong", sangat pedih ayat itu walaupun ianya dari seorang kanak-kanak. Kasih sayang maktok dan tokayah serta adik-adik mama buat kami berdua tak dapat kami balas, sangat-sangat besar ertinya terutama maktok dan tokayah. Terima kasih mak, abah!!
Kerja mama alhamdulillah. Sangat seronok berkerja dengan kawan-kawan yang menyeronokkan walaupun kekadang tu, bila angin masing-masing tak elok, boleh kecoh satu department, tambah-tambah bila hujung bulan nak tiba. Mama suka dengan kerja mama walaupun terpaksa berkejaran terutama bila waktu balik tapi mama seronok. Kawan-kawan yang sering memberi semangat dan mengambil berat walaupun kekadang ada yang mengadu tentang cakap-cakap kat belakang, tapi itu lumrah. Mama tak kisah sebab mama rasa sebagai makhluk Allah, kita tak sempurna dan lemah. Biarlah orang nak kata apa, selagi mama mampu bertahan, mama biarkan aje, tak kemana pun perginya kalau dilayan.
Rasa cinta, rasa sayang, satu perasaan yang sangat indah, mama rasa kita kena banyak memberi tanpa mengharap balasan sebab ia satu perasaan yang tak dapat dizahirkan dengan kata-kata. Nikmati rasa itu dengan penuh perasaan. Kebahagian dan kegembiraan memerlukan pengorbanan kerna itu, mama akan terus berusaha dan berkorban apa saja, agar mama dan papa beroleh kebahagian itu. Mama ingin nikmati saat-saat indah dan bahagia seperti orang lain, yang berjaya memperolehi zuriat, yang sedang menikmati keterujaan saat kehamilan. Mama harap sangat dan berdoa, saat itu milik kami juga. Alhamdulillah, rezeki yang Allah berikan setiap detik dan saat, dapat mama kumpul sikit demi sedikit untuk menampung segala kos yang berkaitan.
Lumrah alam, yang tiba pasti akan ada penghujungnya, yang hidup pasti akan mati. Mama sentiasa berharap dan berdoa, agar mama serta papa senantiasa dalam rahmat Allah, diberi kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi segala dugaan dariNYA. Sangat berharap kesihatan papa semakin baik dan sangat berharap juga rezeki kami semakin murah. Amin Ya Rabillamin. Moga Allah teruskan berikan kami sinar dan bimbing kami menjadi hambaNYA yang sentiasa tunduk dan sujud padaNYA.